Tertangkapnya Saekor Toyo


Hari lelaki Jawa ini ditangkap memang dipilih dan dirancang. Sebelum lelaki Jawa ini ditangkap harga minyak dan gula telah dinaikkan. Pengumuman dilakukan pada malam Jumaat. Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad Parlimen tidak bersidang. Jadi apabila berita harga barang naik diumumkan para wakil rakyat tidak dapat heboh di Parlimen. Tetiba pada pagi hari Isnin lelaki Jawa ini ditangkap. Lalu berita harga minyak dan gula naik hilang. Berita Jawa ditangkap jadi muka depan. Presto!

DARI JELEBU

Hishamuddin Rais 

Umum tidak gempar apabila membaca berita Muhamad Khir Toyo seorang lelaki Jawa dari kampong Sungai Besar Selangor ditangkap. Akhbar dan media milik United Malays National Organisation meletakan gambar lelaki Jawa ini di muka hadapan seolah-olah ini satu berita paling hangat yang wajib diikuti.

Rata-rata rakyat tidak ambil pot dan tidak mengindahkan berita ini. Beberapa bulan dahulu ada berita seorang jantan China bekas ketua sebuah pertubuhan China yang ditangkap. Berita jantan China ini agak gempar sedikit berbanding berita lelaki Jawa ini. Gempar ini mungkin kerana China ini adalah Apek tua yang telah pencen. Apek ini kelihatan sadikit uzur.

Kes lelaki Jawa dan Apek ini bukan satu pekara yang baru. Beberapa tahun dahulu ada satu kes yang agak sama. Di Sabah ada seorang jantan yang namanya agak sedikit pelik – Kasitah Gadam – telah juga ditangkap. Penangkapan jantan yang namanya pelik ini berlaku sesudah seorang Apek Tua bekas penjual basikal benama Eric Chia ditahan.

Apa yang amat pelik dalam kes penangkapan jantan Jawa dan Apek ini ialah tidak adanya kouta Macha India untuk ditangkap. Ini betul betul memeranjatkan. Biasanya tangkapan-tangkapan dalam kes sandiwara seperti ini akan muncul pelakon untuk menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang bangsa.  

Kalau ada Jawa ditangkap mesti ada China ditangkap sama. Kalau ada China ditangkap mesti ada Macha ditangkap. Kalau tidak orang  Jawa dan orang China akan marah. Mereka akan merasa tidak adil kerana kaum mereka sahaja yang ditangkap.

Justeru bila tidak ada jantan India ditangkap bersama Jawa dan Apek ini kelihatan undang-undang di Malaysia ini memilih-milih. Ini juga agak jangal kerana pada ketika ini sedang dijalankan kempen satu Malaysia. Kempen ini ingin membuktikan bahawa Malaysia ini bukan negara Orang Melayu sahaja. Di Malaysia ini ada orang India, ada orang China dan ada Jawa.

Memperlihatkan berbagai bangsa yang ditangkap ini penting. Ini agar negara kita ini dilihat oleh para Pelancung dari Eropah  sebagai sebuah negara yang Truly Asia – ada China, ada India dan ada Jawa. Ini juga amat-amat menepati  slogan Malaysia Boleh. Malah jika Apek dan India ini memakai baju batik ketika dibicarakan maka kelakuan mereka ini betul-betul menepati konsep Islam Hadari.

Atau mungkin pihak yang merancang untuk menangkap agak terlalai dan tidak mengikut slogan Truly Asia dan Islam Hadari. Atau kouta India ini sengaja tidak dipenuhi. Jika ada Macha ditangkap sama mungkin sekali lagi budak India tukang basuh kereta akan membuat tunjuk perasaan. Budak-budak India tukang basuh kereta ini telah lama jaki dengan pihak polis. Ini kerana telah bagitu lama mereka sahaja yang selalu kena tangkap, kena pukul, kena gari dan kena  bantai sampai mati terutama di rumah pasong Brickfeild.

Tukang tangkap ini pun agak takut untuk buat kacau terhadap orang India. Mungkin pengalaman Hindraf dahulu cukup mengerunkan tukang tangkap dan United Malays National Organisation. Kalau dulu budak India ini dianggap ‘kaki mabuk’ tetapi sesudah Hindraf budak-budak India ini perlu dibodek. Projek membodek Macha amat jelas kelihatan di Brickfeild. Pekan kecil ini telah disempitkan dengan berbagai bentuk  tiang dan lampu. Pelbagai bentuk belalai gajah dan segala macam patung hingga susah hendak berjalan.

Walau apa pun sedang dirancang, Mak Cik dan Pak Cik Felda suku sakat Mawi pun sedar bahawa penangkapan ini tidak ada sangkut paut dengan rasuah. Mustahil Apek Tua dan lelaki Jawa ini ditangkap kerana rasuah. Semua orang berpendapat  mustahil kes lelaki jawa ini kes rasuah. Kalau kes ini kes betul-betul rasuah, si Ghani Patail  tukang canang kes ini juga patut ditangkap sama. Tukang canang ini bukan sahaja terlibat dalam rasuah tetapi terlibat dalam menutup kes rasuah.

Jadi – kalau kes lelaki Jawa dan Apek China ini bukan kes rasuah, apa kes mereka sebenarnya?

Apa yang sedang berlaku sekarang ialah satu rancangan licik yang telah dan sedang diatur untuk menipu orang ramai. Ini satu perancangan untuk melalaikan orang ramai agar melihat bahawa telah ada usaha Najib dan Rosmah untuk melawan rasuah. Ini penting kerana orang ramai perlu ditipu agar mereka akan mengundi United Malays National Organisation sekali lagi.

Cuba perhatikan perancangan ini : Hari lelaki Jawa ini ditangkap memang dipilih dan dirancang. Sebelum lelaki Jawa ini ditangkap harga minyak dan gula telah dinaikkan. Pengumuman dilakukan pada malam Jumaat. Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad Parlimen tidak bersidang. Jadi apabila berita harga barang naik diumumkan para wakil rakyat tidak dapat heboh di Parlimen. Tetiba pada pagi hari Isnin lelaki Jawa ini ditangkap. Lalu berita harga minyak dan gula naik hilang. Berita Jawa ditangkap jadi muka depan. Presto!

Dalam ilmu politik semua ini dipanggil  ‘mengurus konflik’. Bayangkan jika Jawa ini tidak ditangkap pasti orang ramai akan heboh berlabon tentang kenaikkan harga gula dan minyak. Inilah cara dan taktik Zionis Isreal merancang untuk mengambil tanah orang Palestin.

Kejap! Apa pulak  ini? Apa sangkut pautnya Jawa ini kena tangkap dengan Zionis Isreal?

Wahai para pembaca yang budiman – sekarang ini para Zionis dari Isreal telah dan sedang diupah untuk menjadi penasehat kepada United Malays National Organisation. Kalau dulu di zaman Dolah Badawi ada Budak Budak Tingkat Empat  sebagai penasehat ketika Dolah tidor. Sekarang di zaman kerajaan Najib Rosmah ada Zionis Apco yang diupah untuk menipu orang Melayu.

Penangkapan ini dirancang oleh Zionis Apco untuk mengolah berita dan mengalihkan padangan ramai dari bertanya kenapa harga minyak naik. Atau kenapa  harga gula naik? Ini memang cara Zionis bergerak – meriam berbunyi di kiri tetapi tupai mati  di sebelah kanan.

Marilah kita menerima hakikat bahawa lelaki Jawa dan Apek China ini ditangkap kerana mereka telah menjadi selipar buruk. Selipar buruk yang boleh dibuang atau ditinggalkan di tepi jamban. Tak mungkin para pembaca yang budiman tidak tahu bahawa selipar buruk yang telah dipakai kalau disimpan lama lama akan menjadi semak samun. Silap-silap menjadi sarang tikus. Jadi selipar ini wajib dibuang.

Justeru, dari perancangan Zionis Apco – apabila lelaki Jawa dan Apek China ini di tangkap maka orang ramai akan kembali yakin bahawa Najib Razak tidak terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Juga dengan tertangkapnya lelaki Jawa ini maka diharapkan orang ramai akan yakin bahawa yang mengendalikan kerajaan negara ini bukan Rosmah Mansor.

Dalam ilmu politik perancangan licik Zionis Apco ini dipanggil – mengolah persetujuan. Pengolahan persetujuan ini amat penting. Berita dan babak babak drama disusun dan diatur. Ini adaah sebahagian dari pengolahan persetujuan. Pengolahan ini dijalankan  agar rakyat Malaysia akan kembali yakin kepada pimpinan United Malays National Organisation.

Keyakinan orang Melayu wajib dikembalikan kepada United Malays National Organisation. Ini amat penting untuk United Malays Nasional Organistaion dapat terus berkuasa. Dua tahun yang lampau bukan sahaja orang bukan Melayu tidak percaya kepada United Malays National Organisation malah ramai orang Melayu lari  untuk menyokong Pakatan Rakyat.

Sekarang  satu fenomena baru telah timbul. Ahli-ahli  United Malays National Organisation yang tidak lari dua tahun dahulu telah mula melarikan diri. Mereka semakin muak dan jelak melihat Najib yang selalu berdulak dalik. Kejap pro Melayu kejap pro satu Malaysia, kejap pro Singapura atau kejap pro  China MCA.

Najib juga dilihat sebagai seorang jantan  yang takutkan bini. Dalam budaya Melayu tradisonal jika jantan takutkan bini maka jantan ini dianggap jantan dayus. Kerana melihat Najib sebagai jantan dayus maka  ramai ahli United Malay National  Organisation lari untuk dipimpin oleh Perkasa. Perkasa dilihat sebagai pertubuhan ‘jantan macho’ bersongkok tinggi  yang berani berjuang dan mempertahan hak  umat Melayu.

Yakinlah – kes-kes ini akan berpanjangan sampai ada yang dituduh mati – seperti kes Eric Chia. Atau kes ini melalut panjang hingga orang lupa seperti kes pembunuhan Teoh Beng Hock. Kes Beng Hock sampai ke hari ini tidak diketahui hujung pangkalnya.

Pembaca yang budiman harus sedar dari awal lagi telah diterangkan bahawa penangkapan ini hanya satu sandiwara. Sama seperti kes Apek Eric Chia dan Kasitah Gadam  dahulu – ianya akan berakhir dengan keputusan tidak bersalah. Pihak pendakwa secara bodoh memastikan bahan bukti tidak wujud. Malah saksi juga akan bertelingkah antara satu sama lain tentang tarikh dan masa.

Semuanya  telah dirancang oleh Zionis Apco – maka terpulanglah kepada pembaca yang budiman sama ada hendak kena tipu atau tidak. Kalau telah sedar dan tidak mahu ditipu ertinya rancangan Zionis Apco gagal. Tetapi jika bersedia untuk ditipu, maka harus disedari satu hakikat  bahawa pada ketika ini masih belum ditemui satu pil yang mujarab untuk mengubati orang bodoh.



Comments
Loading...