Pertarungan sengit rebut jawatan Ketua PKR Sabah


Oleh Charlie Rudai, Free Malaysia Today

KOTA KINABALU: PKR Sabah kembali mengingati peristiwa pertarungan sengit merebut jawatan ketua parti di negeri itu dan kini sudah tiba masanya untuk mencalonkan seseorang untuk jawatan itu.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dijangka terbang ke Sabah minggu depan untuk memainkan peranan sebagai orang tengah dalam pelantikan Ketua PKR Sabah.

Sumber dalaman parti memberitahu bahawa mesyuarat kedua dijangka bertukar menjadi rumit kerana seorang lagi ahli politik telah memulakan kempennya.

Buat masa sekarang selain penjawatnya, Ahmad Thamrin Jaini, calon Batu Sapi yang tewas, Ansari Abdullah turut bersaing.

FMT diberitahu bahawa ahli politik veteran, Karim Ghani yang menyertai PKR seminggu yang lalu memberitahu sebilangan pemimpin PKR bahawa beliau berupaya menyatukan puak-puak bertentangan di dalam parti sekiranya dilantik sebagai pengerusi perhubungan negeri.

Beliau yang meninggalkan Umno dan BN tiga bulan yang lalu, dilaporkan cuba memperoleh sokongan daripada ketua-ketua cabang PKR Sabah menerusi panggilan telefon.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...