Muhyiddin! Malaysia atau Kroni UMNO Akan Bangkrap jika PR Memerintah?
By Anak Sungai Derhaka
Selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Belia, di sini hari ini Muhyiddin dengan sombongnya berkata kepada pemberita yang memintanya mengulas mengenai tawaran dalam Program 100 Hari yang dikemukakan pakatan pembangkang pada konvensyen mereka yang diadakan di Pulau Pinang, Ahad lalu, “Rakyat jangan mudah terpengaruh dengan tawaran-tawaran istimewa daripada pakatan pembangkang semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.”
Kesimpulan dari ulasannya yang panjang lebar mengenai program 100 hari Pakatan Rakyat itu ialah Negara Akan Bangkrap jika diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Antara program 100 Hari Pakatan Rakyat itu ialah, mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat, menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.Program sepenuhnya sila lihat di (SINI)
Adakah benar Negara akan bangkrap jika mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol?
Sedangkan selama ini kerajaan UMNO/BN telah menggunakan sebanyak 62% dari RM39 Billion bayaran subsidi dan pampasan untuk membayar kepada sector korporat yang memegang konsesi lebuhraya dan juga Penjana Tenaga bebas yang terdiri dari kroni mereka yang menguasai sector tersebut..
Adakah benar Negara juga akan bangkrap jika merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat?
Sedangkan selama ini juga RM19 Billion subsidi telah diberikan kepada Penjana Tenaga Bebas milik kroni mereka setiap tahun berbanding hanya RM11 Billion subsidi minyak kepada rakyat dan RM4 Billion subsidi makanan kepada rakyat yang cuba ditarik balik oleh UMNO/BN.
Akan bangkrapkah negara jika imbuhan perguruan dinaikkan RM500 sebulan, yang jumlah gurunya adalah sekitar 400,000 orang dan kos tambahan yang diperlukan ialah RM2.4 Bilion setahun..
Bangkrapkah negara jika terpaksa mengeluarkan tambahan RM2.4 Bilion setahun jika dibandingkan dengan kerugian setiap tahun akibat dari ketirisan, penyelewengan perolehan dan rasuah yang berleluasa yang berjumlah RM28 Billion setahun?
Jika Pakatan Rakyat melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda siapa akan bangkrap sebenarnya selain dari kroni-kroni UMNO/BN yang berada dipuncak kuasa Felda Plantations.
Jadi siapa yang akan bangkrap sebenarnya jika perkara-perkara yang dipertikaikan oleh Muhyiddin itu dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat jika bukan Kroni-kroni UMNO, maka ketika itu akan berkumandanglah suara-suara sumbang yang mengatakan Melayu terpinggir di Malaysia pula kerana sekarang kita sering mendengar Kroni-kroni UMNO di Pulau Pinang mendendangkan “Melayu terpinggir di Pulau Pinang”….
Read more at: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/12/muhyiddin-malaysia-atau-kroni-umno-akan.html