Jabatan Agama Islam Sabah kuat kuasa undang-undang murtad tahun depan


(Free Malaysia Today) – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) akan  menguatkuasakan undang-undang murtad di Sabah mulai tahun depan sebaik sahaja pusat pemulihan akidahnya di Kinarut siap pertengahan 2011.

Pengarah Jheains Datuk Amri A.Suratman berkata pada masa ini jabatan itu lebih  menekankan pendekatan mendidik kepada pesalah syariah dan akidah berbanding mengambil tindakan undang-undang.

“Pelaksanaan undang-undang ini merupakan sebahagian daripada Pelan Strategik untuk  lima tahun akan datang”  katanya kepada Bernama selepas menangguhkan Persidangan Pegawai-pegawai Kanan Jheains 2010 di sini malam tadi.

Isu saudara baru kembali ke agama asal sering  menjadi bahan perbincangan pada perhimpunan agung tahunan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) dan pada perhimpunan baru-baru  ini Usia Bahagian Ranau mendedahkan ratusan saudara baru
di daerah itu kembali murtad.

Usia mendakwa antara punca saudara baru kembali ke agama asal ialah kerana mereka terabai dan tidak  mendapat bimbingan sewajarnya tentang Islam selepas mereka menganut agama suci berkenaan.

Amri berkata semua imam di Sabah akan telibat secara langsung untuk memberi  penerangan dan kaunseling kepada masyarakat, khususnya saudara baru di kawasan masing-masing terutama generasi muda  bagi memastikan mereka memahami undang-undang syariah.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...