Tahun Baru, Cerita Sama


1. Selamat Tahun Baru 2011 kepada teman2 setia laman sesawang hamba ini.

2. Tahun mungkin baru tetapi cerita dari Putrid Jaya masih sama. Komplot berterusan dan kini si adik Nazir Razak cuba mempengaruhi abang Perdana Menteri untuk melantik Raja Khazanah Nasional Berhad, Azman Mokhtar, sebagai Menteri Kabinet.

3. Menteri apa? Menteri Kewangan II yang sekarang disandang oleh Ahmad Husni Hanadzlah atau Menteri Unit Perancangan Ekonomi yang diterajui oleh Nor Mohamad Yakcop.

4. Memang tak salah. Azman Mokhtar antara orang yang cerdik di Malaysia. Dia kan dulu menerajui Bina Fikir, con-sultant yang hebat bikin turn-around Malaysia Airlines. Sekarang dia Raja Khazanah. Semua duit kita dia simpan dan belanja dengan arif.

5. Yang penting Azman juga yang serba tahu semua. Semasa skandal rasuah Alcatel di Telekom Malaysia tahun 2006 yang di hebohkan oleh SEC dan DoJ US, Azman antara mereka yang tidak mahu endah lapuran buruknya sistem Alcatel tetapi sanggup mengesyorkan syarikat itu dan cuba memburukkan pengarah2 yang tidah sehaluan dengan nya.

6. Tak percaya? Tanya pengarah2 Telekom semasa itu. Mengapa Nur Jazlan Mohamed berhenti menjadi pengerusi jawatankuasa odit? Mengapa Rosli Man dipinggirkan. Mengapa Telekom Malaysia International dikeluarkan daripada Telekom Malaysia? Supaya Azman boleh kuasai secara langsung?

7. Cerita besar kerugian Khazanah belum terbongkar lagi. Usaha2 Azman dan konco2nya menyebabkan kerugian sebanyak US$600 juta apabila pelaburan di Tabung Olivant yang dijalan oleh Lehman Brothers telah hancur berkecai. Lehman Brothers tidak ada lagi. Olivant tidak ada lagi. US$600 juta duit Khazanah tidak ada lagi.

Read more at: http://putridjaya.wordpress.com/2011/01/08/tahun-baru-cerita-sama/



Comments
Loading...