Koh Tsu Koon given a week to explain RM30M losses in Pulau Jerjak scandal


{youtube}ORH0sCwY4NU{/youtube} 
Or watch at: http://www.youtube.com/watch?v=ORH0sCwY4NU

LAPORAN SKANDAL HUTANG PREMIUM TANAH RM10.6 JUTA :-
ISU GERAN TANAH DIKELUARKAN KEPADA TROPICAL ISLAND RESORT SDN BHD (TIR) SEBELUM PREMIUM TANAH DIJELASKAN

Isu Tanah RM10.6 Juta
Permohonan tanah di Pulau Jerejak telah dibuat oleh TIR pada 19 November 1997 dan kelulusan oleh Kerajaan Negeri telah diperolehi pada 15 Januari 2001. Tempoh pajakan adalah selama 60 tahun yang akan tamat tempohnya pada 10 Oktober 2062.

Jumlah premium tanah yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri ialah RM12.95 juta (iaitu RM3.72 skp) bagi tanah berkeluasan 80 ekar. Kadar faedah yang dikenakan ialah 4% setahun dan tempoh pembayaran balik ialah dari tahun 2004 sehingga 2013 (selama 10 tahun). Setakat ini, jumlah yang telah dibayar oleh TIR adalah sebanyak RM4.63 juta (termasuk faedah sebanyak RM0.47 juta). Baki yang masih belum dijelaskan adalah sebanyak RM10.60 juta (termasuk faedah sebanyak RM1.81 juta). TIR tidak mampu membayar ansuran mengikut jadual yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri disebabkan oleh prestasi kewangan syarikat yang tidak baik.

Pada 3/1/2001, Exco telah membuat keputusan bahawa TIR diberikan geran hak milik sebaik sahaja ansuran pertama sungguhpun tidak dijelaskan dengan sepenuhnya. Ini berlawanan dengan amalan biasa di bawah seksyen 180 Kanun Tanah Negara bahawa Pentadbir Tanah hanya boleh keluarkan geran apabila bayaran premium dijelaskan dengan sepenuhnya.

Sebagai rumusan geran tanah tidak sepatutnya dikeluarkan sehingga premium tanah dibayar penuh supaya tidak berlaku hutang bayaran premium. Keputusan Exco meluluskan geran tanah dikeluarkan tanpa bayaran penuh dikutip menyebabkan tunggakan hutang RM10.6 juta daripada TIR sejak tahun 2004 yang tidak pasti sama ada akan dibayar atau tidak.

Kos Pelaburan PDC RM 15.435 Juta
Modal berbayar TIR adalah sebanyak RM31.5 juta. Kos pelaburan PDC berdasarkan ekuiti 49% adalah sebanyak RM15.435 juta.

Pinjaman Pemegang Saham oleh PDC RM3.6 Juta
Pada 28 Disember 2007, PDC telah memberi pinjaman pemegang saham sebanyak RM3.41 juta kepada TIR untuk menampung kos operasi syarikat. Keseluruhan jumlah tersebut sebanyak RM3.60 juta (termasuk faedah sebanyak RM193,553 atas kadar faedah 3.5% setahun) masih belum dijelaskan. Kadar faedah yang sama juga dikenakan oleh UDA bagi pinjaman mereka kepada TIR.

Rumusan
Dengan kata lain, jumlah keseluruhan besar kerugian yang dihadapi oleh PDC dan Kerajaan Negeri (menerusi PTG) berkaitan dengan skandal kelulusan tanah Pulau Jerejak kepada TIR adalah sebanyak RM30 juta.



Comments
Loading...