Pejabat ‘First Lady’ di Jabatan Perdana Menteri untuk Rosmah


First Lady of Malaysia (FLOM) Division atau Bahagian Wanita Pertama Malaysia di Jabatan Perdana Menteri diwujudkan bagi tujuan untuk menjaga urusan Rosmah selaku isteri Perdana Menteri yang menganggap dirinya sebagai First Lady dan premis itu tiada kena mengena dengan Permaisuri Agong.

Perkara ini telah disahkan oleh seorang Pegawai Wanita yang bertugas di situ. (sila baca di SINI)

Ini secara tidak langsung bembenarkan spekulasi yang mengatakan segala keputusan Najib dipengaruhi oleh Rosmah dan memang Rosmah mempunyai pejabat di Jabatan Perdana Menteri itu..

Maksud wanita pertama atau dalam bahasa inggeris First Lady adalah “The wife or hostess of the chief executive of a country, state, or city” dimana kalau dialih bahasa ke bahasa Malaysia bermaksud isteri kepada Ketua sesebuah negara seperti President, Raja ataupun Perdana Menteri. Ini bermaksud, mana – mana isteri kepada ketua sesebuah negara, dia akan automatik menjadi wanita pertama negara tersebut. Sebagai contoh wanita pertama negara Amerika Syarikat adalah Michelle Obama yang merupakan isteri kepada Presiden Barrack Obama.

Dan dinegara kita ini adalah jelas menurut Perkara 32 (2) dalam Bab 1 berkaitan “Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya” jelas dinyatakan, ” Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong”.

“Oleh kerana Yang DiPertuan Agong mestilah seorang lelaki maka isteri baginda menjadi Permaisuri Agong dan bagindalah yang menurut Perlembagaan memegang gelaran Wanita Pertama Malaysia bukannya mana-mana pihak lain,”

Pendedahan oleh edyesdotcom.blogspot.com (di SINI) mengenai kewujudan satu Divisyen atau Bahagian yang mana didalamnya terdapat beberapa orang yang terdiri daripada Pegawai Khas, Pembantu Peribadi,Dua orang Penolong Pegawai Tugas Khas dan diletakkan dibawah pentadbiran Pejabat Perdana Menteri menunjukan kepada kita bahawa Najib bersetuju secara tidak langsung untuk meletakkan Rosmah sebagai “First Lady Of Malaysia”.

Sila lihat di SINI untuk lebih jelas.

Untuk apakah diadakan Bahagian itu dan apakah kepentingan bagi Negara dan apakah Bahagian ini perlu diadakan sehingga ianya ditubuhkan dan diletakkan sebaris dengan bahagian-bahagian lain di Jabatan Perdana Menteri?

Berapa banyak wang pembayar cukai telah digunakan untuk membayar gaji enam orang kakitangan hanya untuk membayar gaji mereka semata-mata untuk menjaga urusan Rosmah selaku isteri Perdana Menteri, yang pasti ianya bukanlah RM1 Ringgit sebulan.

Selain dari menyalahguna kuasa sebagai Perdana Menteri dengan menggunakan harta dan sumber Negara bagi membiayai beberapa orang kakitangan semata-mata untuk menjaga urusan Isterinya Rosmah, Najib juga bersekongkol dengan Isterinya Rosmah melanggar peruntukan Perlembagaan dan menderhaka kepada Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong sebagai Ketua Negara.

 
Read more at: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/01/pejabat-first-lady-di-jabatan-perdana.html


Comments
Loading...