Kalau anda mahu perubahan, reformasi dan tidak suka kepada Umno, maka anda TIDAK berhak mengkritik Anwar Ibrahim, PKR, DAP, PAS, Raja Petra atau sesiapa sahaja yang melawan Umno!


Jika saya sebagai penghuni sebuah kampung tidak boleh berjaga malam atau mengambil bahagian dalam aktiviti rukun tetangga kerana sibuk dengan kerja dan sebagainya, adakah patut dan masuk akal sama sekali untuk saya mengkritik kelemahan jiran-jiran ini di dalam mereka menjaga taman perumahan saya? 

By ExPet

Kebelakangan ini saya selalu membaca artikel dan juga komen-komen di dalam blog yang mengkritik samada Anwar Ibrahim atau Pakatan Rakyat atau Raja Petra atau sesiapa sahaja pihak yang melawan Umno. Artikel-artikel dan komen-komen yang ditulis oleh mereka yang inginkan perubahan atau reformasi ini mengkritik apa yang mereka anggap sebagai kelemahan, kesilapan atau ketidakcekapan para aktivis atau pejuang yang sedang melawan Umno ini.

Saya melihat perkara ini daripada sudut yang berlainan. Bagi saya, aktivis dan pejuang ini bukan pemegang atau penjawat satu jawatan awam. Perumpamaan apa yang dilakukan oleh manusia seperti Anwar, Raja Petra, ahli politik Pakatan Rakyat atau Hishamuddin Rais atau aktivis-aktivis ini hanyalah seperti beberapa orang jiran kita yang ‘volunteer’ untuk menjaga kampung atau taman perumahan kita supaya tidak dimasuki pencuri. Jika saya sebagai penghuni sebuah kampung tidak boleh berjaga malam atau mengambil bahagian dalam aktiviti rukun tetangga kerana sibuk dengan kerja dan sebagainya, adakah patut dan masuk akal sama sekali untuk saya mengkritik kelemahan jiran-jiran ini di dalam mereka menjaga taman perumahan saya?

Kalau jiran-jiran yang prihatin ini tertidur di dalam aktiviti mereka sehingga pencuri masuk ke dalam rumah saya sekali pun, saya tetap tidak berhak untuk mengkritik mereka. Apa yang saya boleh dan berhak lakukan hanyalah dengan saya sendiri melakukan kerja rukun tetangga ini dengan cara yang lebih baik daripada apa yang mereka ini lakukan.

Read more at: http://expet.blogspot.com



Comments
Loading...