Kaitkan Anwar Dengan Al Qaeda Langkah Terakhir Umno-BN Sebelum Tumbang


(Suara Keadilan) – Laporan Cable News Network (CNN) yang bertajuk “Saudis discover new funding channels for Taliban, al Qaeda”  memperlihatkan ketakutan Dato’ Seri Najib untuk berhadapan Pakatan Rakyat pada  Pilihanraya Umum yang akan datang.

Laporan CNN yang baru sahaja beredar  beberapa jam lalu menyebut antara lainnya, Presiden Umno itu menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada Kerajaan Arab Saudi kerana terdapat  dua Putera Arab Saudi yang menyokong dan membiayai saya untuk  Pilihanraya Umum yang akan datang.

Laporan ini menyerlahkan ketakutan serta rekayasa Dato’ Seri Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang setiap  hari berusaha membina dokongan rakyat terhadap usaha kami demi menyelamatkan
Malaysia dari segala kepincangan yang disebabkan oleh kelemahan mentadbir pimpinan negara serta ketirisan akibat  dari rasuah yang semakin membarah.

Kehadiran Buku Jingga, sebuah dokumen yang mengandungi hasrat serta saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari terus parah akibat kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan Umno-BN, memunculkan rasa takut Dato’ Seri Najib. Beliau sedar dokumen tersebut mendobrak ilusi
upaya pemulihan yang didendangkan Umno-BN kepada rakyat.

Presiden Umno itu pastinya tahu rakyat tidak akan menerima bulat-bulat pengumuman demi pengumuman yang digarap semata-mata memenuhi maksud iklan.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...