Soalan Parlimen Lisan dan Bertulis MP Kuala Selangor
By Dr. Dzul
Soalan Lisan.
10. Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) minta Menteri Sumber Manusia memahami bahawa banyak ladang terutamanya di Negeri Selangor sedang mengubah tanah mereka kepada pembangunan samada kepada projek perumahan, perniagaan atau industri. Apakah tindakan Kementerian bagi memastikan pekerja-pekerja ladang berkenaan tidak kehilangan hak asasi mereka dari segi pekerjaan, tempat tinggal dan kemudahan sepertimana yang mereka perolehi semasa berkerja di ladang-ladang berkenaan?
Soalan Bertulis:
- Dr Dzulkefly Ahmad minta penjelasan dari Menteri Kewangan apakah beliau bersedia untuk tidak mengizinkan pemimpin politik memegang kedudukan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLCs) atas tuntutan urus-tadbir baik atau ’good goverance’.
- Dr Dzulkefly Ahmad minta Menteri Pendidikan Tinggi menjelaskan kedudukan mutakhir tentang prestasi punggutan semula PTPTN dan langkah-langkah yang telah diambil bagi menangani pelbagai masalah seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara, 2010.