Penyokong desak PAS rampas kerusi PKR


Alasan mereka kerana tidak yakin dengan PKR yang diselubungi pergolakan demi pergolakan.

(Free Malaysia Today) – Kini wujud desakan supaya PAS mahu mengambil semula kerusi-kerusinya yang ditandingi oleh calon PKR dalam pilihanraya umum lalu, kata sumber hari ini.

Ia susulan tuntutan yang dibuat oleh penyokong dan ahli parti di negeri terbabit yang mahu calon PAS bertanding.

Antara paling kuat menyuarakan hasrat tersebut ialah para penyokong PAS Kelantan dan Negeri Sembilan.

“Ini bermakna kerusi-kerusi PAS yang ditandingi oleh calon PKR dalam pilihanraya umum lalu akan ditandingi calon PAS.

“Ia termasuk kerusi PAS yang ditandingi oleh calon PKR di Kelantan seperti kerusi Parlimen Machang yang dimenangi Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

“Tetapi kerusi-kerusi lain juga tidak terlepas,” katanya.

Kerusi Parlimen Dungun ditandingi calon PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin walaupun ia merupakan kerusi tradisi PAS.

Di Negeri Sembilan, PAS negeri itu mahu menuntut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan dan Sikamat yang ditandingi calon PKR pada 2008.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...