PAS masih dalam mimpi


Secara logiknya, agakkah kita memberi sokongan terhadap seseorang tetapi selepas kemudian hari dia datang balik dan mengarah kita merubah ikut corak hidup mereka?

By antimamak

Sejak tsunami 308 hingga kini, Anggota PAS masih dalam mimpi, berangan angan ingin lakukan dakyah keatas kaum bukan Islam. Golongan kaum Tionghua memberikan sokongan terhadap PAS bermatlamat semoga PAS boleh lakukan perubahan, mahupun perubahan dalam  parti atau perubahan dalam scenario politik Malaysia.

Kini kita terlihat, pilihanraya kecil yang berlaku di Tenang, Merlimau, Kerdau, semuanya kalah teruk, tapi nampaknya masyarakat Tionghua setia dan tetap memberikan sokongan rapi terhadap calon PAS. Adakah PAS berjaya manarik minat kaum Tionghua? Jawapannya, PAS tetap kalah bertelanjang, jelas nampak bukan PAS berupaya menarik sokongan dari kaum Tionghua tapi kesemua ini jasa-jasa DAP yang bertarung dengan puak MCA. Secara pendeknya PAS gagal mengumpat sokongan dari masyarakat Tionghua.

Dalam penganalisaan secara detail memang pun dalam PAS terujudnya puak-puak ulama yang sering sebotaj terhadap parti sendiri, khasnya pemuda PAS yang ingin jadi hero, memang memberikan imej taliban sehingga pengundi terasa muak. Muntah bila terdengar ucapan mereka. Begitu juga ulamak-ulamak dari PAS tidak menarik perhatian dari kaum Tionghua. Terkecuali Nik Aziz, memang pun beliau mendapat pengiktirafan sebagai jagoh perjuang Islam, memberikan imej yang agak bersih dan imej yang positif.

Puak ulamak muda ini ingin memberikan imej moral polis, berjuang untuk Islam hingga beriya-iya ingin menukar pemikiran kaum Tionghua. Ini bukan mendatang kecelakaan terhadap PAS,malah dalam pemikiran kaum Tionghua, PAS cuma parti yang berotak taliban, berbudaya padang pasir. Bagi kaum Tionghua, mereka memang benci rasuah tetapi terpaksa menerima gejala rasuah di Malaysia. Ini disebabkan mereka terpaksa menunduk atas paksaan dari kaum Melayu, mereka boleh menerima penindasan, rasuah sebagai ramuan hidup mereka, tetapi mereka tolak sama sekali PAS yang ingin merubah corak penghidupan dan budaya mereka, khasnya judi dan minum arak,

Secara logiknya, agakkah kita memberi sokongan terhadap seseorang tetapi selepas kemudian hari dia datang balik dan mengarah kita merubah ikut corak hidup mereka?? Bagi kaum Tionghua, politik di Malaysia tidak semestinya penting dalam hidup mereka. Politik PAS bukannya irama dalam hidup mereka. Kita tanyakanlah kepada PAS selepas tsuunami hingga sekarang, PAS telah memberikan apa-apa sumbangan terhadap masyarakat Tionghua? Kalau tidak maka masa depan PAS agar kelam.

 



Comments
Loading...