Kementerian Dalam Negeri siasat Radio Free Sarawak


(Bernama) – Siasatan terhadap Radio Free Sarawak, stesen radio yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini, telah pun bermula dengan memberi tumpuan kepada kandungan yang disiarkan kepada orang ramai, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“Ini bukanlah tentang politik, ini mengenai penyebaran pembohongan berniat jahat, isu membabitkan perpaduan dan keharmonian kaum,” katanya kepada pemberita selepas melawat Bilik Gerakan Kementerian Dalam Negeri di Pusat Latihan Pegawai Penjara (Pulapen) Sarawak di sini hari ini.

Hishammuddin bagaimanapun berkata, pada masa ini, tiada tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap Radio Free Sarawak memandangkan siasatan masih berjalan.

Ditanya mengenai kemungkinan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan, beliau berkata, akta itu boleh digunakan jika individu di sebaliknya membawa ancaman serius terhadap keselamatan negara.

 



Comments
Loading...