Mengapa ahli panel menentang pindaan yang dipersetujui?


Oleh K. Pragalath, Free Malaysia Today

PETALING JAYA: Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok pada 4 Mac sebulat suara bersetuju untuk meminda novel tersebut dan melaksanakan enam saranan.

Namun ketika sesi perjumpaan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Mac, ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Termuzi Abdul Aziz dan Profesor Dr Lim Swee Tin tidak menyetujui pindaan dilakukan.

Ahli panel lain yang hadir pada hari tersebut ialah isteri pengarang Datuk Abdullah Hussain, Datin Siti Saroja Basri dan tiga wakil masyarakat India – Profesor NS Rajendran dari Institut Pengajian Global Universiti Perguruan Sultan Idris, mantan kakitangan Kementerian Penerangan G Krishnabahwan dan pengerusi Kumpulan Sasterawan Kavyan Uthaya Sankar SB.

Lim turut mempengerusikan sesi tersebut kerana pengerusi panel Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin tidak hadir kerana terpaksa ke luar negeri atas urusan kerja.

Wakil Gabungan Penulis Nasional (Gapena) yang turut menganggotai panel, Datuk Dr Zainal Abidin Borhan juga tidak hadir atas urusan kerja.

Pada hemat penulis, penentangan Termuzi adalah wajar kerana beliau mewakili DBP – penerbit Interlok edisi murid. Pindaan dan penerbitan semula Interlok bukan sahaja memalukan malah merugikan DBP.

Penentangan Siti Saroja Basri terhadap sebarang pindaan ke atas Interlok juga boleh difahami kerana beliau mewakili kepentingan Datuk Abdullah Hussain.

Anugerah Sasterawan Negara

Apakah yang mungkin menyebabkan  pensyarah Kesusasteraan Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM Profesor Dr Lim Swee Tin berpaling tadah?

 

SELANUTNYA DI SINI.



Comments
Loading...