Interlok: DBP lesu dan dayus


By K. Pragalath, Free Malaysia Today

Episod kontroversi berkaitan Interlok edisi murid menyaksikan sejumlah 106 pindaan melibatkan kesalahan bahasa dan fakta dilakukan.

Kesalahan bahasa dan fakta sahaja berjumlah 84.

Bagaimana Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) boleh terlepas pandang begitu banyak kesalahan?

Lantas ia menimbulkan persoalan, sejauh mana penglibatan DBP di dalam memastikan taraf Bahasa Malaysia di kalangan anak muda.

Persoalan ini ditujukan kepada DBP kerana ia merupakan penerbit Interlok edisi murid yang menjadi buah mulut orang ramai sejak penghujung tahun lalu.

Adakah DBP sudah kelesuan dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan di negara ini?

Sebelum ini pun, ada suara-suara lantang mengkritik DBP kerana kelihatan dayus dalam usaha memartabatkan Bahasa Malaysia.

Yang menariknya suara-suara tersebut kedengaran dari Negeri Di Bawah Bayu.

Selain itu DBP juga boleh dipersalahkan di atas kegagalan sebilangan rakyat yang tidak dapat berbahasa Malaysia.

Manakan tidak, hanya dua negara di dunia mempunyai agensi khas untuk memartabatkan bahasa masing-masing.

Selain daripada Malaysia, Perancis juga mempunyai agensi bahasa Perancis yang menyebarkan bahasa Perancis ke seluruh dunia.

SELANJUTNYA DI SINI

 



Comments
Loading...