MRT-Kerajaan Masih Tak Belajar Dari Kesilapan Lama?


Oleh Dr. Dzulkefly Ahmad

Saya menulis makalah ini setelah sedikit kecewa dan gagal menjadi penyemak-imbang yang berkesan di Dewan Rakyat, khususnya tentang MRT setelah mendengar jawapan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DS Nazri Aziz. Berdepan dengan realiti kedegilan bercampur keangkuhan pihak kerajaan, saya serah kepada rakyat; tuan dan boss yang sebenar, untuk menilai serta membuat keputusan yang muktamad.

Dalam majalah The Edge, sedikit waktu dahulu (Ogos 16, 2010), wartawan M Shanmugan dalam kolumnya Big Money berkebetulan membuat “Cover Story” tentang projek Bakun, menonjolkan perihal kepincangan dan kebejatan pengendalian projek mega tersebut. Penulisan beliau seperti biasa menarik, cukup bermaklumat serta analisisnya mendalam.

Berdepan dengan satu lagi projek mega yakni Mass Rapid Transit (MRT), amat wajar bagi semua, khususnya pihak pimpinan tertinggi BN supaya meneliti segala teguran tajam dan peringatan berguna beliau. Itu pun kalau kerajaan PM Najib benar-benar menghayati slogannya bahawa ”Era kerajaan tahu semua telah berlalu”.

Kalau tidak, maka sah seperti dikatakan sifu pengurusan ”kemuncak kebebalan adalah mengulangi kerja yang sama dan pada setiap kali ulangan mengharapkan natijah yang berbeza”. Kerajaan Najib, kalau tidak  mengambil tindakan tegas ke arah penambahbaikan, semakin jelas sedang mengulangi ketempangan pengurusan lama, kalau tidak lebih buruk lagi.

Fasa Pertama MRT Sungai Buloh-Kajang (MRT SG-K) yang mempunyai landasan sepanjang 51 km dengan membabitkan 9.5 km landasan bawah tanah, jelasnya adalah projek infrastruktur paling mega yang pernah dijalankan kerajaan BN. Sejak sebulan perancangan projek ini dipamerkan untuk mendapat maklum balas rakyat dan pengguna, maka banyak juga yang akhirnya terdedah setelah hampir setahun cadangan MRT ini pertama kalinya dibentangkan kepada kabinet oleh Gamuda-MMC.

Dengan Putrajaya berharga RM20 billion sementara KLIA pada RM10bilion, maka MRT SB-K yang pada asal adalah RM26.5 bilion dan kini dianggarkan oleh banyak pihak akan menelan RM50 bilion, adalah projek infrastruktur paling mahal dan mega. Penulis ketika mengasak Menteri JPM yang menggulung perbahasan Titah, ingin memberitahu umum bahawa semua hal tentang harga adalah tentatif dan ’guesstimate’, tidak muktamad seperti yang diberitahu Menteri. Itu hakikat yang semua perlu tahu.

Untuk ingatan semua, pertama-tama diumumkan projek MRT ini semasa PM Najib sebutkan dalam pelancaran RMK-10, kemudian dalam NKRA seterusnya dalam NKEA dan akhirnya menjadi antara mercu-tanda projek EPP  atau Entry-Point-Project dalam Economic Transformational Program atau ETP (Program Peralehan Ekonomi). Tegasnya, projek sama yang telah diulang sebut dalam kesemua perancangan Najib.

Mengikut laporan awalnya, ia adalah pelaburan pihak swasta, mungkin sebagai “Domestic Direct Investment atau DDI”.  Itulah kali terkahir ia disebutkan sebagai projek pelaburan swasta sesuai dengan hasrat kerajaan Najib untuk membuktikan bahawa target penambahan pelaburan swasta sebanyak RM115 bilion atau peningkatan 12.5% dalam 5 tahun RMK-10 yang bakal beliau capai KPInya.

 

SELANJUTNYA DI SINI.



Comments
Loading...