Tak perlu buktikan ketulenan video lucah Anwar Ibrahim


Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

By ikhlasmalaysia

Yang mana lebih penting, membuktikan bahawa video lucah Anwar Ibrahim itu adalah tulen dan tidak disunting ataupun membuktikan bahawa pelakonnya adalah benar-benar Anwar Ibrahim?

Media arus perdana rata-rata memperdebatkan ketulenan video tersebut. Pada pendapat saya, mereka ini akan dapat membuktikan bahawa video tersebut tulen. Semalam saya membaca bahawa polis mungkin akan memanggil pengarah filem terkenal, Yusri KRU untuk membantu membuktikan video tersebut tulen. Memang tidak ada masalah dalam membuktikan ketulenan video tersebut tetapi ketulenan video tersebut tidak membuktikan bahawa Anwar Ibrahim bersalah. Ini ada kerana mereka hanya membuktikan bahawa video tersebut adalah original tetapi tidak dapat membuktikan bahawa pelakonnya adalah DS Anwar Ibrahim.

Kita semua menonton CSI dan macam-macam lagi fiksyen Barat di mana kita boleh melihat teknologi terkini digunakan untuk membuat topeng muka seperti juga yang dipakai oleh Erra Fazira dalam filem Cinta Kolestrol. Mencipta topeng muka getah yang boleh diacu dengan muka sesiapa pun bukan lagi sesuatu yang sukar, asal ada duit semua boleh jadi.

Berdasarkan kepada fakta-fata dibawah sepertimana yang di utara kan oleh mereka yang telah menonton video lucah tersebut saya 200% percaya video tersebut adalah tulen tetapi pelakonnya adalah palsu! Pelakonnya bukan Anwar Ibrahim! Tetapi biarkanlah mereka seronok dapat membuktikan bahawa video tersebut tulen kerana video lucah ini telah berjaya menyatukan semula penyokong-penyokong DS Anwar Ibrahim yang telah mula goyah oleh kes liwat yang berlangsung di mahkamah.
 
Ahli Parlimen Sungai Petani Ahli MPT KEADILAN, Datuk Johari Abdul berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

Read more at: http://ikhlasmalaysia.blogspot.com/2011/03/tak-perlu-buktikan-ketulenan-video.html



Comments
Loading...