Rakyat Malaysia tiada jati diri


Oleh K Pragalath, Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Dato Ibrahim Ali merasakan rakyat Malaysia tidak mempunyai jati diri kerana lebih rela menggunakan bahasa asing berbanding Bahasa Melayu (BM).

“Kita tidak cinta kepada bahasa kita sendiri. Kenapa kita perlu begitu banyak bahasa? Di negara-negara seperti China, Jepun dan Perancis, mereka guna bahasa mereka sendiri,” tegas beliau.

Pemerkasaan Bahasa Melayu merupakan salah satu matlamat perjuangan Perkasa, selaras dengan Perkara 152 Persekutuan Perlembagaan.

Pemimpin Perkasa tersebut berkata demikian dalam satu temuramah eksklusif bersama FMT yang diadakan di pejabat beliau di Jalan Pahang di sini baru-baru ini.

“Justeru pemerkasaan Bahasa Melayu bergantung kepada usaha kerajaan, bak kata pepatah hendak seribu daya tak hendak seribu dalih,” jelas Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas.

Mengulas lebih lanjut beliau mengakui bahawa ramai pemimpin negara pun lebih gemar berbahasa Inggeris.

Justeru itu beliau melahirkan kebimbangan Malaysia akan kehilangan identiti negara sekiranya trend ini diteruskan.

Dalam pada itu, beliau turut mengakui bahawa terdapat banyak kelemahan dalam perlaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penyatuan.

Walau bagaimanapun, beliau tidak menyalahkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atas kepincangan ini kerana DBP mempunyai tugas penerbitan dan penterjemahan.

 

SELANJUTNYA DI SINI.



Comments
Loading...