SAMM : hentikan politik ‘lucah’ segera !!
Saya juga pernah diberi video lucah Khairy dan terbaru ada pihak nak beri video lucah isteri pemimpin tertinggi
Kenyataan Terbuka SAMM
Ketika media dunia membincangkan perbagai perkara penting seperti krisis radiasi (impak Tsunami Jepun), Kebangkitan rakyat ditumur tengah hingga Afrika, Krisis yang menyerlahkan kegagalan sistem ekonomi ‘kapitalis’ sehingga menyeret ada negara menjadi muflis…. namun dalam negara ini media lebih seronok memainkan ‘politik’ berasaskan tuduhan seks dan video lucah.
Tidak tahu dimana salahnya, adakah salah media arus perdana yang dikuasai pihak tertentu atau pemain – pemain utama politik negara yang sanggup bertindak ala ‘desparado’.
Ketika dunia sedang beralih kepada politik baru berasaskan nilai, rekod dan idea…Malaysia seolah mundur ke belakang dengan politik selak kain yang sebenarnya lansung tidak memajukan pemikiran rakyat.
Sudahlah tayangan video lucah dilakukan secara terbuka dan seolah dilindungi penguasa. Malah yang terbaru ‘desparado’nya politik hingga sanggup menghantar buku lucah terus ke rumah orang. Buku yang terdapat gambar – gambar bogel dan gambar orang sedang mengadakan hubungan seks cuma bahagian kepalanya diganti dengan gambar musuh politik mereka. Bayangkan di kawasan bandar tempat komik ini di edar ibu dan bapa bekerja, anak balik sekolah melihat buku lucah yang pos ke rumah.
Apa yang ibu atau bapa hendak jawab apabila di asak dengan soalan kenapa begini mengapa begitu selepas anak – anak kecil melihat sendiri buku lucah tersebut….atau lebih parah lagi ada anak yang menyimpan dan meniru perbuatan dalam b uku lucah tersebut…. Mana pergi pemikiran waras orang – orang politik yang bertindak sedemikian rupa ?
Media arus perdana seperti Utusan Malaysia pula menyiarkan di muka depan aksi lucah begitu juga Buliten Utama TV3… mana pergi nilai kewarasan manusia ? Hanya kerana politik kita lakukan semua perkara tersebut.
Menteri seperti YB Nazri Abd Aziz pula sentiasa terlalu mengeluarkan kenyataan politik dari menghalalkan tanyangan video lucah (selagi tidak bersifat keuntungan kewangan) malah yang terbaru beliau kelihatan begitu meraban apabila menyatakan Wan Azizah isteri Anwar Ibrahim sendiri tidak layak menilai adakah lelaki dalam video tersebut ialah Anwar Ibrahim. Kalau bukan isteri siapa lagi yang layak menilai ?
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini bagi pihak anak muda Malaysia merakamkan rasa kesal dengan politik ‘kotor’ dan tidak mendidik ini.
SAMM mendesak agar pemain – pemain utama politik Malaysia agar kembali kepada landasan politik baru dan mendidik rakyat. Perdebatan harus dilandaskan dari segi polisi, dasar dan idea. Negara kini berada ditahap membinbangkan dari terjunnya ke bawah nilai daya saing, rasuah yang makin meningkat dan kos hidup yang main menjerut rakyat….atas semua ini rakyat memerlukan ahli politik yang lebih matang.
Menyerang dari segi politik tidak salah termasuk menggunakan aspek mobilisasi rakyat sebagai penunjuk kekuatan tetapi ia seharusnya berlandaskan pertembungan idea bukan aspek tak bernilai seperti politik selak kain.
Ketika kempen pilihanraya umum 2008 juga pasukan kempen saya telah didekati dengan orang tidak dikenali dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah yang kononnya Khairy Jamaluddin, tanpa pengetahuan saya ada video ini telah tersebar namun sebaik sahaja saya mengetahuinya saya telah mengarahkan semua dikutip dan dibakar. Sebanyak lebih 2000 keping video tersebut telah dibakar. Kini terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM mengenai kewujudan video seks yang kononya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara…. namun SAMM mengajak semua politik selak kain ini dihentikan segera jangan kerana kuasa sanggup lakukan apa saja.
Rakyat diseru menolak politik sensasi selak kain ini dengan menolak ahli – ahli politik yang kelihatan seronok membodohkan rakyat menggunakan politik lucah seperti apa berlaku sekarang. Media yang menjurus kepada perkara yang sama juga harus dijauhkan.
che’GuBard
Pengerusi
Solidariti Anak Muda Malaysia