Omega : Kad pendaftaran jam datang dari mana pulak?
Oleh Anak Sungai Derhaka
Kata Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam itu kepada syarikat yang mengedarnya bagi tujuan pengesahan siapa pemiliknya.
Kad pendaftaran jam??
Kebanyakkan barangan mewah yang dikeluarkan untuk pasaran biasanya mempunyai nombor siri yang dicetak dan biasanya ianya akan disertakan dengan warranty card dan pembeli juga akan diberikan kad pendaftaran barangan itu.
Kad pendaftaran dan warranty card ini biasanya tidak diusung kehulu kehilir oleh pembeli barangan tersebut, biarpun barangan itu merupakan sebuah beg tangan hatta ianya Prada sekalipun takut nanti orang kata gila. Kad tersebut pasti akan ditinggalkan di rumah.
Tapi berita dibawah ini menceritakan sebaliknya.. ianya menceritakan bahawa pemilik jam Omega yang dikatakan dicuri oleh China Doll itu seolah-olah membawa kad pendaftaran atau melekatkan kad pendaftaran tersebut pada jam yang dipakainya dan menayangkannya kehulu kehilir… apa cerita ni??
Adakah pemilik jam Omega itu memang gila kerana memakai Jam Omega itu bersama dengan kad pendaftarannya sehingga ianya ditemui oleh China doll itu? atau jam tersebut baru dibeli?
Hari tu Datuk ‘T’ kata dia telah menyerahkan hanya Video dan jam sahaja kepada polis.. dari mana datangnya kad pendaftaran ni?
Jurucakap The Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd, pengedar jam Omega di negara ini menjelaskan setiap jam Omega mempunyai nombor siri yang dicetak pada jam sebagai jaminan untuk membolehkan pengguna menuntut ganti rugi sepanjang tempoh jaminan dua tahun.
Katanya, nombor siri tidak direkodkan oleh syarikat pengedar berkenaan sebaliknya hanya direkodkan oleh penjual dalam kad jaminan.
Identiti Pemilik Jam Omega Akan Diketahui
KUALA LUMPUR, 11 April – Identiti pemilik jam tangan jenama Omega yang diserahkan kepada polis berhubung kes rakaman video aksi seks didakwa melibatkan pelaku dilaporkan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diketahui tidak lama lagi, kata polis.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam itu kepada syarikat yang mengedarnya bagi tujuan pengesahan siapa pemiliknya.