Sebab itulah, suruh belajar tak mahu belajar


Masa saya kecil dahulu ada sekolah dewasa. Ini ialah sekolah untuk orang yang dah tua tapi masih bodoh sedikit kerana tak bersekolah masa mereka muda dahulu. Mungkin kerajaan perlu wujudkan semula kelas dewasa ini. Kalau tidak maka ramai rakyat Malaysia akan terus bodoh sombong.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Saya lebih selesa bercakap menggunakan Bahasa Malaysia dari menulis didalam Bahasa Malaysia. Ini kerana grammar saya berterabur sedikit dan ejaan saya ialah ejaan lama (e-tanda, sengkang, dan sebagainya).

Misalan, ‘didalam’, sekiranya ejaan lama, ialah ‘di-dalam’ (sengkang). Dan ‘telur’, ejaan lama, ialah ‘telor’, dengan e-tanda. Sekiranya takde e-tanda maka ia akan disebut sebagai taylor. Ia menjadi telor hanya apabila ada e-tanda.

Pasal itulah. Orang Cina (ejaan lama, China) nak sekolah Bahasa Mandarin dan orang India nak sekolah Bahasa Tamil. Orang Melayu pula tukar ejaan nak ikut Bahasa Indonesia dan tukar dari Bahasa Johor ke Bahasa Baku Kedah dan balik (balek) ke Bahasa Johor apabila orang Melayu semua dah keliru (‘confuse’ pun boleh digunakan sekarang untuk Bahasa Malaysia).

Akhirnya, semua hancur.

Masa sekolah dahulu kita terpaksa belajar kedua-dua Bahasa Melayu dan Bahasa Kebangsaan. Saya ‘score’ didalam perperiksaan Bahasa Melayu tetapi ‘scrape through’ sahaja didalam perperiksaan Bahasa Kebangsaan. Hari ini kita ada hanya satu bahasa sahaja, Bahasa Malaysia, ‘kabungan’ diantara Bahasa Melayu dan Bahasa Kebangsaan.

Lagi confuse.

Hmm…lagi. Perkataan ‘lagi’ pun ada banyak maknanya. Tetapi orang zaman sekarang tak berapa tahu tentang perkara ini.

‘Lagi’ boleh bermaksud ‘more’. Misalan: boleh saya ambil lagi?

‘Lagi’ boleh diguna sebagai ‘again’. Sebagai contoh ayat tersebut: dia lagi, takde orang lain ke?

‘Lagi’ boleh juga bermaksud ‘no longer’. Misalan: saya tidak sayang awak lagi.

‘Lagi’ boleh juga bermaksud ‘not yet’. Misalan: jangan bagi tahu dia lagi, rahsiakan dulu.

Nampaknya ramai juga masih (maseh) tak paham pelbagai kegunaan perkataan ‘lagi’.

Bila saya berkata saya tidak percaya lagi sehingga terlebih dahulu saya mendapat pengesahan cerita tersebut (not yet believe it until I first get further confirmation on the story), media massa arus perdana telah terjemahnya sebagai saya telah berkata ‘no longer believe’.

Sebab itulah, suruh belajar tak mahu belajar. Nak sekolah Tamil, nak sekolah Mandarin, nak Bahasa Melayu, nak Bahasa Kebangsaan, nak Bahasa Malaysia, nak Bahasa Baku. Akkirnya, Mat Salleh macam saya juga yang terpaksa ajar semua orang bahasa yang betul.

Itu dipanggil bodoh sombong. Dahlah bodoh, sombong pula. Tak tahu, buat macam tahu. Tak mahu tanya bila tak tahu.

Tugas saya bukan untuk memberi penjelasan atau untuk mengajar orang yang kurang fasih Bahasa Malaysia. Kalau tak tahu maka that is your problem. Balek kesekolah.

Masa saya kecil dahulu ada sekolah dewasa. Ini ialah sekolah untuk orang yang dah tua tapi masih bodoh sedikit kerana tak bersekolah masa mereka muda dahulu. Mungkin kerajaan perlu wujudkan semula kelas dewasa ini. Kalau tidak maka ramai rakyat Malaysia akan terus bodoh sombong.

Lepas tu, dahlah bodoh sombong, kutuk kita pula macam kita pula yang bodoh, padahal mereka yang lemah bahasa.

 



Comments
Loading...