John Pang yang disebut RPK adalah “conman”


The Unspinners

Selain dari Nik Azmi (Bul), Dato Prof Din Merican dan Kol Azmi yang disebut Raja Petra dalam pendedahan mengenai penipuan tuduhan bunuh terhadap Najib dan Altantunya, dia ada menyebut John Pang sebagai perantara antaranya dengan Tengku Razalaiegh.

John Pang muncul di kalangan aktivis-aktivis politik yang menentang mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak lama sebelum Tengku Razaleigh mula menyuarakan hasrat untuk bertanding jawatan Presiden dalam kempen pemilihan UMNO pada tahun 2008.

John Pang mula kelihatan dalam satu Majlis berbuka puasa di rumah Tengku Razaleigh pada bulan Ramadan yang ada disebut dalam tulisan Raja Petra.

Selepas saja PRU2008, Raja Petra Kamarudin telah kumpulkan aktivis-aktivis dalam satu perjumpaan dan perbincangan dengan Tengku Razaleigh untuk berbincang cara mengalahkan Abdullah Badawi.

Dalam tulisannya, RPK mengatakan ianya untuk jatuhkan Najib.

Aktivis yang dikumpulkan adalah “orang-orang UMNO” dan juga puak-puak haluan kiri. Antara puak-puak berhaluan kiri yang hadhir adalah seperti Harris Ibrahim, Malik Imtiaz, keluarga diraja Negeri Sembilan Tengku “Vic”, Tricia Yeoh dari Asli, Khoo Kay Peng yang kononnya pemikir Gerakan, Adlan Benan Omar, dan blogger Bernard Zorro Khoo.

Sejak itu, John Pang kelihatan berperanan sebagai “public relation officer” kepada Tengku Razaleigh. John Pang dilihat membantu Tengku dalam hal-hal hubungan dengan press – mainstream dan alternative – ketika pemilihan dalam UMNO. Selepas pemilihan, dia kelihatan berperanan seperti “press secretary officer”.

Agak pelik bagi Tengku Razaleigh mengggunakan seorang pegawai Cina bagi pemilihan UMNO. Namun begitu John Pang tidak dibawa Tengku untuk perbincangan-perbincangan penting mengenai politik UMNO. Tengku perlukan ia untuk “tujuan tertentu.”

“Tujuan tertentu” itu adalah sebagai jambatan kepada kumpulan yang telah digambarkan sebagai kumpulan kiri dan pembangkang. John Pang bercondong liberal dan penyambung Tengku kepada kumpulan liberal dan kaum bukan Melayu.

Sejak kehadhiran John Pang, ucapan Tengku Razaleigh mula berubah menjadi agak ‘liberal’. Perubahan ini dipercayai ada tangan-tangan John Pang. Ini disahkan oleh Khairy dalam satu laporan berita Malaysian Insiders dan Malaysian Chronicles bertarikh Julai 17, 2010 di mana Khairy dilaporkan berkata:

“I guess without John Pang tweeting liberal thoughts on his behalf, Tengku Razaleigh is still stuck in a bigoted, analogue worldview.”

Dalam laporan yang sama, Khairy mendedahkan sesuatu mengenai Tengku Razaleigh bagi membalas kritikan Tengku terhadap Pemuda UMNO dan kepimpinan Khairy.

“Because I choose not to be part of a coup Tengku Razaleigh is trying to orchestrate, my support for the PM is dismissed as superficial.”

Komen Khairy menunjukkan dia mengenali John Pang. Difahami John Pang sealiran dan bersetuju dengan pemikiran Khairy seacra am. Malahan dia cuba merapati Khairy tetapi tidak berjaya.

Latarbelakang John Pang merupakan satu misteri. Dia tinggal di Taman Tun Dr Ismail dan mempunyai anak lelaki yang sudah mencapai umur 20an dari isteri pertamanya yang telah bercerai. Dengan umurnya dalam 42 tahun, kemungkinan dia berkahwin ketika umur yang sangat muda.

Kerjaya John Pang sebelum itu satu misteri. Dia mendapat perhatian Tengku ketika dia bekerja dengan sebuah Bank. Dia pernah bekerja dengan Karim Raslan sebagai kononnya think tank tetapi ditendang kerja kerana menipu latarbelakang sebenarnya.

Pada April 2010, dia telah dilantik sebagai CEO untuk CIMB ASEAN Research Centre pada April 2010. Petikan press release mengumumkan berikut:

In addition, well-known management consultant and academic John Pang will be appointed Chief Executive Officer of CARI. Mr. Pang is currently a Senior Visiting Fellow at the Rajaratnam School of International Studies, Singapore. He has an interdisciplinary academic background in Philosophy of Economics, Political Philosophy and the Anthropology of Religion with postgraduate work at the London School of Economics and Stanford University.

Sumber memberitahu John Pang mendapat pendidikan dalam bidang ekonomi di sebuah Universiti di Timor Laut Amerika. Tidak tahu samada ianya untuk pengajian undergraduate.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...