Saya dituduh pengkhinat PKR, dakwa Chegu Bard


“Persoalanya apa pengkhianatan saya?”

(Free Malaysia Today) – Badrul Hisham Shaharin yang kini menjadi tumpuan dalam PKR menegaskan beliau masih ahli parti dan menjadi ketua PKR cabang Rembau.

Bagaimanapun, bekas calon AMK itu tidak menafikan beliau tidak disenangi oleh beberapa ‘pemuka’ dalam PKR.

Menurutnya, beliau dituduh pengkhianat dan menyerang parti.

“Persoalannya apa pengkhianatan saya? Adakah kerana bekerja tanpa henti tanpa menunggu arahan atau kerana saya tegas mendesak ketelusan dalam parti termasuk mendesak penyelesaian laporan penyelewengan ketika pemilihan menyebabkan saya dilihat khianat?” katanya dalam blognya hari ini.

Bekas calon PKR parlimen Rembau dalam pilihan raya umum 2008 itu mendakwa ada pemuka parti yang cuba menggagalkan program Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang beliau penyelarasnya.

Katanya, program SAMM berbentuk karnival pada Febuari lepas mahu dibatal oleh pemuka PKR dengan menemui pihak Majlis Kerajaan Tempatan supaya tidak dibantu atau dibatal lesen.

“Ada pula yang menjaja nama Ketua Umum PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menemui penganjur yang bukan PKR supaya membatalkan program saya di sebelah utara Semenanjung.”

“Ini berlaku berulang di beberapa tempat. Untuk rekod SAMM cuba bereksperimen dengan turun ke kawasan pilihan raya kecil sebagai NGO mendekati anak muda.”

“Ketika sibuk di Tenang ada pula pemuka jahat yang cuba melagakan gandingan baik SAMM dan sebuah pertubuhan yang dinamakan ANAK (Anak Peneroka Felda Kebangsaan).”

“Apa sebenarnya yang mereka mahukan?” katanya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...