Abu Kassim Responds: Syabas For Being Transparent


Din Merican

On Labour Day ( May 1), I posted an article – ” MACC: The Destroyer of Public Institutions”.  In my usual style, I dealt with current issues of public interest and also touched upon a public account of encountering Dato’ Sri Abu Kassim in Kota Damansara on Sunday April, 17, 2011. I invited Dato Sri Abu Kassim to explain what he was doing there, see link here

On  May 5, I received a seemingly innocent email from Puan Nurhasmah Mohamed Kassim of the Corporate Communication Unit MACC seeking for my house address and other particulars. I was encouraged that the MACC was making an effort to engage bloggers and alternative media practitoners to become Frenz of MACC (FoMACC). Reproduced below is the email exchange between us:

On May 5, 2011, at 4:31 PM, Nurhasmah Binti Mohamed Kassimwrote:

Subject: Re: PERMOHONAN MENDAPATKAN ALAMAT SURAT-MENYURAT DAN NOMBOR TELEFON

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.

Y.Bhg. Dato’,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Unit Komunikasi Korporat (UKK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang dalam proses mengumpul data para blogger di Malaysia bagi disenaraikan dalam sistem Frenz of MACC (FoMACC). Untuk makluman Y.Bhg. Dato’, FoMACC ini merupakan sebuah medium yang dirangka sebagai satu agen komunikasi SPRM dengan masyarakat di mana emel dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) digunakan dalam menyalurkan maklumat terkini, tepat dan benar kepada semua Key Communicators yang berdaftar dengan FoMACC. Profil key-communicators ini akan disegmentasikan supaya hanya mesej, berita atau informasi yang relevan sahaja dihantar kepada kategori key-communicators yang berkenaan. Ini memudahkan maklumat disampaikan dengan tepat kepada target audience.

Sehubungan itu, UKK SPRM berharap supaya pihak kami boleh mendapatkan alamat surat-menyurat serta nombor telefon Y.Bhg. Dato’ bagi tujuan tersebut di atas serta bagi tujuan perkongsian idea dan pendapat dalam usaha memerangi jenayah rasuah di Malaysia.

Sekiranya Y.Bhg. Dato’ mempunyai sebarang pertanyaan ataupun memerlukan penjelasan lanjut berhubung perkara ini, Y.Bhg. Dato’ boleh menghubungi En. Muhammad Salim Sundar (Ketua Unit Komunikasi Korporat SPRM) di talian 03-8886 7142 atau 019-6758585 atau boleh juga di e-melkan kepada [email protected].

Kerjasama dan perhatian Y.Bhg. Dato’ berhubung perkara ini adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Anda Boleh Lakukan Perubahan

PERANGI Rasuah

Saya yang menurut perintah,

NURHASMAH BINTI MOHAMED KASSIM

Penguasa

b/p: Ketua

Unit Komunikasi Korporat, Aras 7

Ibu Pejabat SPRM, Blok D6, Kompleks D

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62007 Putrajaya.
Tel: 03-8886 7000(GL)
03-8886 7131(DL)
019-6996902
No. Faks: 03-8888 9528
[email protected]
[email protected]

From: [email protected]
Date: Thu, 5 May 2011 19:24:53 +0800
To: Nurhasmah Binti Mohamed Kassim
Subject: Re: PERMOHONAN MENDAPATKAN ALAMAT SURAT-MENYURAT DAN NOMBOR TELEFON

No Telefon saya: 017 XXX XXXX.
Alamat: XX, Jalan SSXX/XX, Damansara Jaya, 47400 PJ.
Saya harap maklumat ini tidak disalahgunakan.

Salam
Din Merican
http://dinmerican.wordpress .com/

2011/5/5 <[email protected]>

Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera.

Y.Bhg. Dato’,

Terima kasih di atas maklum-balas segera daripada Y.Bhg. Dato’ berhubung perkara yang dinyatakan.

Alamat surat-menyurat berserta nombor telefon Y.Bhg. Dato’ akan dimasukkan sebagai key-communicators bagi kategori Bloggers dalam senarai Frenz of MACC (FoMACC) kami dan TIDAK AKAN didedahkan dengan sewenangnya.

Selain itu, Ketua Komunikasi Korporat SPRM, Tn. Muhammad Salim Sundar akan menghubungi Y.Bhg. Dato’ sekiranya terdapat sebarang keperluan bagi mendapatkan pendapat/penjelasan/komen berhubung sesuatu isu.

Kerjasama dan maklum-balas segera yang diterima daripada Y.Bhg. Dato’ amatlah dihargai.

Sekian,terima kasih.

Saya yang menurut perintah,
NURHASMAH BINTI MOHAMED KASSIM
Penguasa,
b/p: Ketua
Unit Komunikasi Korporat
SPRM
No. Tel: 03-8886 7131 / 019-699 XXXX.

2011/5/6 Din Merican

Hasmah,

Terima Kasih. I sentiasa sanggup bekerjasama dengan rakan rakan dalam kerajaan demi kepentingan negara. Sungguhpun saya adalah sa-orang kritik dasar dan pentadbiran kadang kadang, saya bukan ahli politik. Saya harap kritikan saya adalah konstruktif.

salam
din merican

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...