Satu lagi fitnah jahat Utusan Malaysia


“Saya tidak baca mahupun membeli Utusan Malaysia sejak sekian lama maka tidak mengetahui apa yang dilaporkan dalam akhbar tersebut,” kata Dato’ Kamarul Baharin Abbas.

(Free Malaysia Today) – Pengerusi PKR Negeri Sembilan Dato’ Kamarul Baharin Abbas kecewa dengan anggota parti yang mudah percaya dan terpengaruh dengan fitnah jahat yang disebarkan oleh Utusan Malaysia berkenaan isu CheguBard berhasrat keluar parti.

“Saya tidak pernah berhubung dengan Utusan Malaysia apatah lagi sempat memberi komen mengenai perkara tersebut. Saya tidak baca mahupun membeli Utusan Malaysia sejak sekian lama maka tidak mengetahui apa yang dilaporkan dalam akhbar tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media ketika merujuk kepada laman web Free Malaysia Today semalam di bawah tajuk
“PKR NS bergolak, SU Rembau cabar Kamarul.”

Kamarul yang juga Ahli Parlimen Telok Kemang berkata FMT mengaitkan namanya berkaitan isu Pengerusi PKR Cabang Rembau,

CheguBard atau Badrul Hisham Shaharin, mengenai hasrat beliau (CheguBard) ingin keluar parti.

Semalam FMT memetik Setiausaha Cabang Rembau Norazizi A Aziz sebagai mencabar Kamarul yang didakwa menyerang CheguBard dengan menggunakan media arus perdana, Utusan Malaysia.

“Ini tidak benar sama sekali, malah ia adalah satu lagi usaha fitnah Utusan Malaysia,” tegas beliau.

Kamarul menjelaskan, umum maklum bahawa Pakatan Rakyat mengganggap Utusan Malaysia sebagai akhbar yang tidak berwibawa dan bermaruah dan sering melapurkan kenyataan-kenyataan yang menghasut dan laporan-laporan rekaan semata-mata menjustifikasi peranan mereka sebagai lidah utama Umno.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...