`Jangan hina Islam’


 

Menurut presiden Perkasa, ada segolongan yang tidak tahu menghormati Islam.

(Free Malaysia Today) – Pemimpin tinggi Perkasa sekali lagi mengingatkan pihak tertentu supaya menghentikan tindakan menghina Islam.

Datuk Ibrahim Ali berkata, jika mereka terus berbuat demikian orang Melayu akan berjihad mempertahankan Islam.

“Orang Melayu berjihad mempertahankan Islam walaupun hanya saya seorang” kata presiden Perkasa di depan 300 ahli dan penyokong di sini hari ini.

Kira-kira 50 anggota polis berkawal di sekitar kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru di mana program itu diadakan.

Bagaimanapun, Ibrahim ahli  parlimen bebas Pasir Mas berkata, Perkasa tidak mahu menimbulkan kekacauan dan bergaduh dengan kaum lain.

Tetapi menurutnya, ada segolongan yang tidak tahu menghormati Islam.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...