PAS ramal PRU 13 lepas Bajet 7 Oktober


“Saya yakin Parlimen akan dibubarkan selepas pembentangan Bajet 7 Oktober depan. Dia (kerajaan) tidak akan tunggu lagi kerana banyak masalah yang menanti”, kata AJK PAS Pusat.

(Free Malaysia Today) – PAS meramalkan pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan diadakan, paling awal selepas pembentangan Bajet Negara 2012 pada 7 Oktober depan.

“Saya nampak Parlimen akan dibubarkan selepas pembentangan Bajet. Kalau tidak bubar sekarang, kena tunggu awal tahun depan,” kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika ditemui di Kuala Lumpur semalam.

Ditanya mengenai persediaan parti itu menghadapi PRU, pemimpin veteran PAS itu berkata, PAS sudah bersedia.

Mengenai calon, Mustafa secara bergurau berkata, “kalau pilihan raya esok, hari ini kita boleh pilih calon.”

Khabar angin bertiup kencang bahawa PRU ke-13 akan diadakan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan. Namun tarikh akhir pembubaran parlimen ialah Mac 2013 kerana PRU ke 12 diadakan pada 8 Mac 2008.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, PRU semakin dekat dan boleh diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...