Adakah DAP anti-Melayu? Ulusan karyaan Wan Hamidi Hamid


Jika DAP memang dalang rusuhan itu, maka soalnya, apakah manfaatnya DAP berbuat demikian? Ia telah menyertai pilihanraya menurut peruntukan undang-undang dan telah mencapai kemenangan yang paling cemerlang ketika itu. Memang tiada masuk akal and tiada motif untuk DAP menimbulkan rusuhan.

By Lee Wee Tak

Sekian lama, UMNO sedaya upaya cuba menghumban apa sahaja kutukan dan fitnah sama ada menerusi Utusan Malaysia dan baru-baru ini Perkasa terhadap DAP. Kononnya DAP dalang rusuhan Mei 13 1969, DAP parti komunis, DAP anti-Melayu dan DAP anti-Islam.

Jika DAP memang dalang rusuhan itu, maka soalnya, apakah manfaatnya DAP berbuat demikian? Ia telah menyertai pilihanraya menurut peruntukan undang-undang dan telah mencapai kemenangan yang paling cemerlang ketika itu. Memang tiada masuk akal and tiada motif untuk DAP menimbulkan rusuhan. Hakikatnya siapakah yang telah mengambil kesempatan mengantung parlimen pilihan rakyat selama dua tahun? Perlukah parlimen untuk seluruh Malaysia digantung kerana rusuhan di Kuala Lumpur yang telah ditumpaskan dalam tempoh beberapa hari?

Siapakah yang menimbulkan rusuhan ini sampai sekarang belum kita tahu lagi. Apa yang saya tahu adalah semasa rusuhan tercetus, Lim Kit Siang berada di Sabah untuk berkempen di situ dan tanpa alat perhubungan canggih kini, masakan beliau mengetuai kerja-kerja keji itu?

Di Malaysia, walaupun seseorang itu disyaki membunuh, merogol, mencuri atau apa-apa jenayah pun, dia berhak mendapat peluang disiasat, membela diri dan menjawab tuduhan terhadapnya. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia kurun ke-21 ini, masyarakat Melayu tumpuan propaganda UMNO ini khasnya berhak mendengar suara daripada pihak DAP supaya dapat meneliti hujah kedua pihak untuk menentukan kebenaran.

Maka buku bertajuk “Malaysia Milik Kita Bersama: Perjuangan 45 tahun Parti Tindakan Demokratik” karangan saudara Wan Hamidi ini harus dijadikan rujukan di samping Utusan Malaysia, khabar Roket serta halaman facebook Roketkini untuk tatapan rakyat yang berhak memahami keadaan nan sebenarnya kerana ini akan menjadikan mereka pengundi yang lebih arif.

Saya membeli buku ini in MPH Wangsa Maju, harganya RM15 sahaja.


Halaman facebook “Roketkini”

Rangka buku ini disusun untuk membidas tohmahan dan fitnah selama ini dengan beberapa bahagian yang menerangkan sejarah ringkas DAP, prinsip perjuangan DAP serta cabaran semasa dan hadapannya, khususnya dakwaan bahawa DAP parti komunis, anti-Melayu dan anti-Islam.

Fitnah # 1: DAP parti komunis?
Berhubung dengan dakwaan bahawa DAP adalah parti komunis, saudara Wan Hamidi mengambil ruang besar untuk menerangkan asal usul fahaman komunis dan sosialis. Ringkasnya, falsafah dan perlembagaan DAP berdasarkan kepada fahaman sosialis dan puak sosialis ini adalah pecahan daripada golongan komunis akibat bantahan terhadap fahaman komunis yang radikal (umpamanya golongan macam Lenin dan Stalin). Pihak sosialis menitikberatkan nilai-nilai demokratik sosial, keserdehanaan dan perkembangan minda (intellectual progressive) yang menolak komunisme.

Setahu saya, Parti Komunis Malaya menyeru khalayak mengangkat senjata dan menolak sistem demokrais tetapi DAP melawan menurut peruntukan undang-undang dan menyertai proses demokrasi. Tohmahan UMNO bahawa DAP adalah parti komunis nampaknya jahil dan tidak berasas langsung sekali.

Pulau Pinang berjaya menarik pelaburan asing tertinggi antara semua negeri Malaysia dalam tahun 2010. Jika DAP komunis, sepatutnya DAP menolak semua pelabur dan pelancong asing seperti Korea Utara dan bukanlah meneruskan usaha memajukan iktisad Pulau Pinang berdasarkan prinsip-prinsip ekonomi terbuka dan pentadbiran nan telus.

Menurut buku ini, hakikatnya UMNO lebih intim dengan komunis daripada DAP.

m.s. 38 “Pada 28 Mei 1974, Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Pertama daripada Malaysia yang membuat lawatan rasmi ke China…bertemu dengan pemimpin komunis Mao Zedong…menandatangani perjanjian hubungan diplomatik walaupun pada masa itu China masih aktif membantu dan menyokong perjuangan PKM”

Read more at: http://wangsamajuformalaysia.blogspot.com/2011/05/adakah-dap-anti-melayu-ulusan-karyaan.html



Comments
Loading...