PAS bagai gajah tak berkepala


 

(Free Malaysia Today) – Pemerhati politik PAS, Profesor Dr Aziz Bari menyifatkan keengganan kepimpinan tertinggi PAS membawa perubahan dalam parti Islam tersebut bagaikan ‘gajah tak berkepala’.

“Kalau dipimpin korporal saja, apa jadi pada general?” Aziz bertanya dalam forum dalam satu forum bertajuk ‘Pemilihan PAS: Mampukah PAS membuat lonjakan?’ di Dewan Perhimpunan Cina  Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

Beliau berkata demikian semasa mengulas keengganan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi pemangkin pembaharuan dalam PAS.

“Walaupun PAS besar dengan keahlian lebih 1 juta orang ia bagaikan gajah tak berkepala,” Dr Aziz berkata dalam forum anjuran Free Public Forum (FPF) dan Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS).

Beliau menambah kepimpinan parti lebih dilihat aktif secara bermusim sedangkan ketua parti boleh dilantik sebagai Perdana Menteri.

PAS terjebak

“PAS masih lagi terjebak. Perwakilan enggan berubah dan enggan memberi arahan buang padang meskipun Tan Sri Mohd Asri Muda pernah dikeluarkan.”

Asri merupakan mantan presiden PAS sejak 1971 hingga Oktober 1982 yang dibuang oleh jawatankuasa disiplin PAS.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...