Mat Sabu: Masih ramai keliru konsep ulama-profesional dalam PAS


 

“Tiga perkara yang akan saya lakukan adalah menangkis propaganda Umno-BN mengenai masalah Melayu kononnya orang Melayu tidak akan terjamin sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, ini persepsi yang salah dan propaganda ini harus ditangkis, PAS perlu bertindak segera untuk membalas serangan yang dibuat Umno-BN ini,” kata beliau.

Mohamad Sabu, yang bertanding jawatan timbalan presiden buat kali kedua menegaskan, konsep kepimpinan ulama sepatutnya ditekankan dalam Majlis Syura, bukannya diterjemahkan ke atas jawatan-jawatan eksekutif parti Islam itu.

Mohamad, 56, atau lebih mesra dengan panggilan “Mat Sabu” berpendapat bahawa konsep kepimpinan ulama telah menjadi kekeliruan di kalangan ahli menyebabkan golongan profesional sukar mendapat tempat dalam jawatan tertinggi parti itu.

“Bagi saya presiden dan ke bawah boleh sesiapa sahaja yang layak untuk memimpin tiada masalah baik ulama atau profesional.

“Majlis Ulama ini yang perlu ditekankan bukan jawatan eksekutif, ia perlu dipertingkatkan dalam organisasi ini.

“Sebab itu, kalau kita lihat banyak ahli yang salah erti konsep kepimpinan ulama ini dan ia menimbulkan sedikit kekeliruan,” katanya yang terkenal di kalangan akar umbi ahli-ahli PAS dan parti pesaingnya.

“Namun saya pasti perubahan sudah mula berlaku dalam PAS,” kata beliau kepada The Malaysian Insider menjelang muktamar kali ke-57 yang bermula hari ini.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat bagaimanapun berkata akan terus menyokong konsep kepimpinan ulama dalam Majlis Syura.

“Soal kepimpinan ulama ini diperkenalkan pada zaman kami masih Pemuda PAS pada 1982 yang mana ketika itu ketuanya adalah Datuk Mustafa Ali … memang tidak dapat dinafikan ketika itu anak muda terpengaruh dengan revolusi Islam yang berlaku di Iran yang dipimpin golongan ulama,” katanya.

Mohamad menambah beliau akan terus mendokong konsep kepimpinan ulama dan Majlis Syura perlu diperkukuhkan agar PAS tidak terkeluar daripada dasar perjuangan Islam.

Selain Mohamad, turut bertanding jawatan itu adalah penyandangnya Nasharudin Mat Isa dan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagaimanapun kedua-dua calon itu tidak dapat diakses untuk ditemu bual khas.

Sebagaimana disaksikan tahun-tahun lalu, soal kepimpinan ulama dan profesional kembali muncul dalam menentukan penyandang jawatan nombor dua parti komponen Pakatan Rakyat itu.

Minggu lalu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan wujudnya soal kepimpinan ulama atau profesional dalam parti itu.

Malah Ketua Dewan Ulama PAS pusat Datuk Harun Taib menegaskan kepimpinan ulama harus diteruskan dalam parti itu walaupun ia tidak termaktub dalam perlembagaan parti Islam itu.

Ditanya apa matlamat utama yang akan dilakukan sekiranya terpilih untuk jawatan nombor dua itu, Mohamad berkata, PAS perlu bergerak lebih maju ke hadapan selain bertindak lebih agresif menangkis serangan dilakukan Umno-BN terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Tiga perkara yang akan saya lakukan adalah menangkis propaganda Umno-BN mengenai masalah Melayu kononnya orang Melayu tidak akan terjamin sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, ini persepsi yang salah dan propaganda ini harus ditangkis, PAS perlu bertindak segera untuk membalas serangan yang dibuat Umno-BN ini,” kata beliau.

Perkara kedua, menggerakkan usaha bagi PAS mendapatkan sokongan orang bukan Melayu secara berterusan kerana jika tidak berterusan hasrat Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya akan terbengkalai.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...