Saya bernasib baik menang Timbalan Presiden – Mat Sabu


 

Beliau berkata pemilihannya bagaimanapun tidak membawa sebarang kesan terhadap dasar atau arah tuju parti, malah berazam akan terus membantu Presiden PAS.

(Free Malaysia Today) – Timbalan Presiden PAS yang baru dipilh Mohamad Sabu menganggap kemenangannya dalam pemilihan kali ini sebagai satu nasib yang baik, selain mendapat sokongan daripada akar umbi.

Beliau yang juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pertandingan tiga penjuru antara dirinya dengan mengalahkan penyandang selama dua penggal berturut-turut Nasharuddin Mat Isa serta bekas Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilihat hanya bertanding untuk memecahkan undi.

Beliau berjaya memperoleh 420 undi manakala Nasharudin dengan 224 undi dan Tuan Ibrahim pula mendapat 399 undi.

Mat Sabu berkata pemilihannya bagaimanapun tidak membawa sebarang kesan terhadap dasar atau arah tuju parti, malah berazam akan terus membantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertingkatkan gerak kerja bagi mendapatkan sokongan orang ramai dan bukan Melayu menuju pilihan raya umum ke-13 akan datang.

“Terima kasih kepada perwakilan dan wartawan yang menyiarkan tulisan yang positif mahupun negatif terhadap saya.

“Tak banyak momentum baru mahu pun pemahaman ‘abc’ yang akan diperjuangkan tetapi barangkali usaha untuk menarik orang ramai mencapai matlamat negara berkebajikan.

“Saya akan memainkan peranan membantu Presiden dalam hal ini,” katanya yang turut memuji keberanian PAS mengadakan pemilihan sebelum PRU13 berbanding parti politik yang lain.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...