Umno sedih pemimpin PAS tak mahu perpaduan Melayu, kata Mukhriz


 

(The Malaysian Insider) – Datuk Muhkriz Mahathir melahirkan rasa tidak gembira partinya dengan pendirian kepimpinan baru PAS yang tidak berminat dengan idea perpaduan Melayu, sambil menekankan parti itu berdegil “untuk memecahbelahkan orang Melayu demi kepentingan sendiri.”

Bagaimanapun timbalan pengerusi Umno Kedah itu melahirkan keyakinan Barisan Nasional (BN) boleh mengatasi PAS meskipun mereka ada barisan kepimpinan baru khususnya di Kedah.

“Kami gembira kerana kami merasakan ada peluang lebih baik dengan barisan baru ini.

“Keduanya, kami tidak gembira kerana jika mereka tidak mahu perpaduan dan ia tidak akan berlaku… ini kerana mereka degil dalam memecahbelahkan Melayu bagi kepentingan mereka sendiri, dan sedih untuk melihat perkara ini berlaku,” katanya.

“Dari sudut perpaduan, saya merasakan mereka telah mengetepikan idea (perpaduan),” kata Mukhriz (gambar) yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Industri.

Kelmarin, meskipun PAS terus menolak kerjasama dengan Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi bahawa pintu komponen BN itu masih terbuka kepada parti Islam tersebut untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Timbalan presiden Umno itu berkata, idea berkenaan adalah demi Islam, bukan kerana kepentingan politik.

Dalam ucapan dasarnya Jumaat lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian partinya akan terus bersama Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 meskipun dihujani siri pelawaan dan jemputan daripada kepimpinan Umno sepanjang tiga tahun lalu.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...