Himpunan BERSIH – Ahmad Maslan Ajak Rakyat Boikot


 

(KL Pos) – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan menggesa kesemua warganegara Malaysia membantah Perhimpunan anjuran Pembangkang iaitu BERSIH 2.0 yang dakwa beliau bakal menggugat keselamatan dan periuk nasi warga kota.

Beliau juga menggesa kesemua Pertubuhan dan Persatuan Kerajaan mahupun bukan Kerajaan membuat laporan polis sebagai bukti kukuh seterusnya mendesak agar pihak berkenaan menghentikan serta merta perancangan pembangkang.

Ahmad Maslan turut mendakwa Pembangkang kelihatan buta dengan kerusi DUN dan Parlimen yang diperolehi mereka setelah berjaya merampas 4 buah Negeri dan menguasai Parlimen di Wilayah Persekutuan pada Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.

Ini membuktikan bahawa amalan demokrasi melalui Pilihanraya Umum di Malaysia telus dan bersih dari anasir-anasir kotor.

Beliau turut menggesa Pembangkang menganjurkan Perhimpunan ini di dalam Stadium Tertutup yang lebih efisyen dan tidak mengganggu ketenteraman awam di samping tidak menghalang sebarang aktiviti perniagaan dilakukan oleh peniaga-peniaga di ibu kota.

Ahmad Maslan berkata demikian di dalam Sidang Akhbar di PWTC, disini sebentar tadi. Turut serta dalam Sidang tersebut Pengerusi PEKIDA Wilayah Persekutuan, Datuk Roslan Dahaman.

 

 



Comments
Loading...