Anwar jangan kacau Bersih!


Penarik Beca

Dalam berita bertajuk “Ibrahim: Apa saja boleh berlaku pada 9 Julai” (komen-komen di sini dan di sini), Malaysiakini semalam melaporkan:

Ibrahim turut membayangkan jika perhimpunan itu tidak dibatalkan, maka akan berlaku huru-hara.

“Tuan-tuan bayangkan perhimpunan BERSIH tidak dibatalkan, mereka teruskan juga, (mereka) tidak umum bahawa mereka akan batal pada 7 atau 8 Julai, saya percaya masyarakat Tiong Hua mungkin ramai-ramai, semua sekali, belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah.

“Apa sahaja boleh berlaku,” katanya.

Dalam posting bertajuk “Tangkaplah! Bunuhlah!” 15 Jun lalu, saya ulang tulis:

Kalau benar tak kotor dan tak zalim, kenapa menggelabah sangat bila orang mahukan pilihan raya yang bersih dan adil? Mengapa sampai ke peringkat memberi isyarat bahawa puaknya hendak membakar kereta dan membaling batu untuk menghalang perhimpunan Bersih? Bila batu dibaling dan kereta terbakar, mungkin ada yang terbunuh. Takkan hampa nak bunuh diri sendiri. Nak bunuh kami yang berhimpunlah tu.

Bunuhlah!

Apa nak kisah, kalau puak Umno dan Perkasa bunuh aku kerana aku hadiri perhimpunan Bersih, bukannya depa nak kena apa-apa tindakan. Dah jenuh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali ugut nak berbunuh-bunuh sana-sini, dia tetap bebas dan bermaharajalela. Sila baca “Home Minister, isn’t Ibrahim Ali above the law?” dalam Malaysiakini 18/6/11.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...