Bersih batal himpunan jika Najib jamin senarai pemilih bersih


“Jika Datuk Najib (Tun Razak) boleh memberi jaminan yang sungguh-sungguh saya akan memanggil Datuk Ambiga (Pengerusi Bersih) supaya membatalkan perhimpunan tersebut,” kata Anwar Ibrahim.

(Free Malaysia Today) – Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengarahkan Himpunan Bersih 9 Julai dibatalkan jika Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) boleh memberi jaminan pilihan raya yang adil dan bersih.

“Jika Datuk Najib (Tun Razak) boleh memberi jaminan yang sungguh-sungguh saya akan memanggil Datuk Ambiga Sreenevasan (Pengerusi Bersih) supaya membatalkan perhimpunan tersebut.

“Tetapi dengan syarat mereka boleh membersihkan senarai daftar pemilih, saya tidak payah membuat perarakan,” katanya pada Konvensyen Pilihan Raya PKR di sini hari ini.

Bersih merancang mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 9 Julai bermula di Dataran Merdeka bagi meminta supaya pilihan raya yang bersih dan adil.

Walaupun polis tidak mengeluarkan permit untuk perhimpunan tersebut dan akan menangkap pemimpin Bersih, pihak penganjur bertekad meneruskan perhimpunan tersebut.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen menegaskan adalah menjadi tanggungjawab semua untuk menentang penyelewengan SPR.

Pengundi hantu di Kelang Gate

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mencabar Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Omar meletak jawatan dan bertanding di parlimen Gombak dalam pilihan raya umum akan datang.

Orang nombor dua PKR itu merujuk kepada senarai daftar pemilih terbaru yang dikeluarkan oleh SPR pada 13 Mei lalu.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...