PERKASA lancar Anti BERSIH 2.0


(KL Pos) – Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) telah menganjurkan satu deklarasi bersama NGO-NGO yang lain dalam menyatakan bantahan terhadap Perhimpunan BERSIH 2.0 yang bakal berlangsung pada 9 Julai 2011.

Pada masa kini sedang berlangsung Perlancaran Perhimpunan Anti BERSIH 2.0 di Kelab Sultan Sulaiman, disini. Menurut Ketua Wira Perkasa, Saudara Irwan Shah, Perhimpunan ini mesti dihentikan serta merta dan mendesak pihak Kerajaan bertindak dengan lebih tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab menganjurkan BERSIH 2.0.

Turut kelihatan beberapa pemimpin NGO dan Ahli Parlimen termasuklah bekas Pemimpin PKR, YB. Zulkifli Nordin.

Majlis Perlancaran Perhimpunan BERSIH 2.0 bakal berlangsung pada malam ini yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.

Lagi Laporan menyusul.

 



Comments
Loading...