PRU 13: PKR bertekad tanding 97 kerusi parlimen


PKR juga berpendirian bahawa kerusi di mana terdapat para pengundi bercampur adalah milik parti itu.

(Free Malaysia Today) – PKR bertekad untuk bertanding di semua 97 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 nanti, kata Timbalan Presiden Azmin Ali.

Katanya, PKR juga berpendirian bahawa kerusi di mana terdapat para pengundi bercampur adalah milik parti. Inilah pendirian PKR dan telah diterima serta dipersetujui oleh rakan PAS dan DAP.

“Bagaimanapun, kerusi yang ditandingi oleh PKR mungkin akan bertukar dengan DAP dalam PRU ke 13,” katanya dalam sidang media selepas Konvensyen Pilihan Raya PKR di sini hari ini.

Menurut Azmin, keputusan PKR bertanding 97 kerusi telah dipersetujui oleh DAP dan PAS kerana ia merupakan formula yang digunakan dalam PRU 2008.

Bagaimanapun, beliau berkata, rundingan pembahagian kerusi masih berjalan dan berharap dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Di beberapa buah negeri, rundingan pembahagian kerusi sesama Pakatan Rakyat sudah selesai, malah ada yang telah menghantar senarai calon kepada parti.”

“Senarai calon itu akan diserahkan kepada Presiden (Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail) untuk diteliti sebelum ditentukan oleh biro politik PKR,” katanya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...