Kualiti kepemimpinan UMNO


SAKMONGKOL AK47

Bila saya cakap, orang UMNO marah. Penyokong mereka dalam internet pun marah. Tapi tidak apa, semua perbalahan ini akan selesai dalam pilihanraya. Pilihanraya ke 13 ini mungkin akan lebih teruk daripada yang sudah untuk UMNO. Jika saya salah, bagus. Tapi jika pengamatan saya betul, kali ini ramai yang akan kecundang.

Bila DS Najib kata kali ini dia akan menampilkan lebih ramai pimpinan muda, itu adalah kenyataan yang baik. Sebab, rata rata rakyat melihat pemimpin lama yang berkuasa, sedang berlumba lumbaan membuat hay while the sun shines. Dan oleh kerana mereka pun tahu the sun is setting extraordinarily fast, perlumbaan makin sengit.

Ramai mat laon ini lupa pula bahawa rakyat sebenarnya yang menentukan turun dan naik UMNO. Dan rakyat akan menentukan bersandarkan kesedaran yang makin meningkat. Jangan pimpinan UMNO ingat rakyat tidak tahu. Mungkin ini kelemahan UMNO yang terbesar- yakni gagal menyedari bahawa persekitaran politik di luar sudah banyak berubah.

Keangkuhan orang UMNO menjadi factor utama yang menyebabkan ia banyak kecundang. orang dan pimpinan UMNO pekak agak nya. Rakyat bercakap mengenai harga hand bag yang berharga USD 120,000 satu. Rakyat juga bercakap apabila anak bekas seorang PM beli handbag berharga RM 750 ribu untuk isteri yang tersayang. Sana sini orang bercakap mengenai aliran air mata berlawanan dengan kilauan permata untuk sebahagian Melayu yang bertuah.

Kalau mereka pergi turba( turun bawah) yang lebih kerap terdengar ialah rungutan terhadap kerajaan dan pemimpin. Tapi media audio visual dan percitakan menutupi rungutan dengan buat cerita yang menyeronokkan.

Sebab kita asyik di dengarkan dengan cerita yang seronok seronok. Tanah kerajaan sungai besi di pindahkan ke syarikat X dan kos kosong. Jika kos nya kosong, sepatutnya kos ini boleh di pindahkan kepada rakyat dalam bentuk rumah yang murah. Tapi rumah yang akan ‘mampu’ di beli oleh bakal pembeli berharga RM 220,000. Ini bukan harga rumah kos rendah atau sederhana rendah. Jauh lah pula jika mahu disebut rumah PPRT.

Pada harga RM 220k, berapa ramai budak Melayu yang boleh dapat loan beli rumah tersebut? Sebab mereka nanti duduk di rumah diatas tanah Sungai Besi yang masyur yang di bangunkan oleh IMDB itu, mereka terpaksa pula beli kenderaan. Kena bayar loan rumah dan loan kereta.

Berita sensasi seperti ini di ragui oleh rakyat. Tapi pemimpin kita tidak sedar disebabkan desingan retorik sendiri. Tambahan pula akhbar utama dan TV utama mendendangkan lagu yang syok di dengar. Semua OK boss. Akhirnya Boss akan KO.

Pemaju yang membina rumah RM 220k ini bukanlah melakukan suatu yang luar biasa dan membawa rahmat sangat kepada rakyat. Pembinaan rumah rumah ini sebetulnya ada pemulangan kepada pihak kerajaan dalam urusniaga cross-subsidy. Pembinaan rumah 220k itu akan mudah di bayar semula apabila 1MDB membina property lain yang berharga jutaan Ringgit. Ertinya, pembinaan rumah2 RM 220k bukanlah suatu yang boleh kita laungkan dan canang sana sini.

Orang UMNO sudah tidak mahu kerja keras. Buat apa kerja keras, bertandng pun belum confirm. Boleh jadi pimpinan UMNO lupa tabiat buruk orang UMNO. Mereka akan berkerja keras kalau ada chance jadi wakil rakyat dan ahli parlimen. Hello- orang Melayu tidak berkehendakkan wakil rakyat yang tidak berpelajaran dan malas berkerja. Orang UMNO hanya mahu kerja keras kalau di pilih calun.

Di dalam UMNO bahagian Pekan sendiri pun, keadaan nya tidak lah elok sangat pun. Keadaan nya serupa seperti tahun 1990an. Orang ramai khususnya UMNO operatives bersusun susun sambut PM balik Pekan. mereka berhimpun beramai ramai berpesta di kediaman PM di Pekan. berombongan menyambut dan menghantar PM balik dan pulang. Selebih dari itu, UMNO Pekan akan sunyi. Tidak ada orang mahu tunjuka lebih sebab kerana kalau tunjuk lebih pun, boss tak Nampak. Adalah lebih penting menunjukkan kita kerja keras kalau bos tahu.

Kalau PM menang di Pekan, ianya semata disebabkan oleh factor peribadi nya. Body nya sahaja sudah bernilai separuh dari undi yang akan di perolehi nya. Selebihnya datang dari hasil hulur sana sini.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...