Pejabat Umno disimbah cat kuning, dilempar bangkai ayam


Pejabat Umno bahagian iaitu Cheras dan Bandar Razak di Kuala Lumpur disimbah cat kuning dan dilempar bangkai ayam dalam kejadian awal pagi tadi dan semalam.

(Free Malaysia Today) – Pejabat Umno bahagian Cheras dan Bandar Razak di Kuala Lumpur disimbah cat kuning dan dilempar bangkai ayam  awal pagi tadi.

Pejabat Umno Bandar Tun Razak, dilempar enam ekor  bangkai ayam- dua semalam dan empat awal pagi tadi.

Pejabat Umno Cheras dilempar empat ekor bangkai ayam selain disimbah cat kuning.

Ketua Umno bahagian, Datuk Syed Ali Alhabshee  berkata, kejadian itu disedari pekerjanya awal pagi tadi.

“Bila mereka datang pejabat mereka ternampak simbahan cat kuning di dinding dan terdapat empat  ekor bangkai ayam.

“Pekerja saya telah membuat laporan polis di balai polis Pudu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Syed Ali mendakwa, pihak yang tidak bertanggungjawab itu cuba mencetuskan provokasi supaya ahli Umno bertindak balas terhadap perhimpunan Bersih yang dirancang 9 Julai depan.

Perhimpunan Bersih

Menurutnya, ia juga mungkin kerana beliau terlalu banyak mengeluarkan kenyataan menghentam perhimpunan Bersih.

Sementara itu, Pemangku Ketua Umno Bandar Tun Razak Shaharuddin Zainal Abidin pula berkata, pintu pagar pejabat dan cermin bilik komputer disimbah cat kuning.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...