Lucutkan kerakyatan Ambiga, desak Pesaka


“Tak siapa yang untung dalam hal ini. Sebelum terlambat, Ambiga perlu hentikan,” kata Presiden Datuk Seri Ali Rustam.

(Free Malaysia Today) – Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) hari ini mendesak agar kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur perhimpunan Bersih S Ambiga termasuk melucutkan kerakyatan atau dibuang daerah.

Presidennya Datuk Seri Ali Rustam berkata perkara ini diputuskan sebulat suara ahlinya kerana bimbang hasrat Ambiga yang ingin meneruskan perhimpunan pada 9 Julai depan akan menyebabkan tercetusnya kembali ‘peristiwa 13 Mei’.

“Tak siapa yang untung dalam hal ini. Sebelum terlambat, Ambiga perlu hentikan.

“Biar hilang sorang, jangan hilang ramai orang,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat tertutup bersama guru-guru silat Pesaka seluruh negara di Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini.

Ali yang juga Ketua Menteri Melaka berkata Ambiga perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

“Kalau berminat nak ikut cara negara lain, jadilah rakyat negara lain,” katanya.

Tindakan tegas

Beliau turut mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang tidak mengambil tindakan tegas terhadap Ambiga dan penganjur yang katanya jelas akan menggugat kestabilan negara.

“Kerajaan serba salah, nak tengok dulu orang bertempur. Apalah gunanya kalau dah huru-hara baru nak ambil tindakan,” katanya sinis.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...