PKR: Isu Anwar tidak jejaskan pembangkang


“Mereka tahu isu itu hanya mainan BN dan Umno menjelang pilihan raya umum,” katanya.

(Free Malaysia Today) – Pembahagian kerusi di kalangan parti Pakatan Rakyat di Pahang untuk pilihan raya umum ke 13 akan selesai bulan depan.

PKR, PAS dan DAP, katanya setuju mengekalkan status 2008, kata Ketua Penerangan PKR negeri, Razali Alias.

“Rundingan masih berjalan dan dijangka selesai sepenuhnya sebelum raya puasa ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada pilihan raya umum lepas, PKR bertanding lapan kerusi Parlimen dan menang dua iaitu Bandar Kuantan dan Indera Mahkota.

Razali menjelaskan, PKR belum memilih senarai calon tetapi mempunyai calon untuk semua kerusi yang ditandingi parti itu.

“Beberapa calon hang bertanding dalam pilihan raya umum lalu akan digugurkan dan diganti dengan muka baru yang lebih berwibawa.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...