Ezam dedah perilaku Anwar kepada rakyat Indonesia


“Soal video seks juga jelas, bagi yang menonton dan mengenal baik, pasti yakin itu Anwar, terlihat dari bentuk tubuhnya,” katanya dalam wawancara dengan majalah Indonesia, Tempo.

(Free Malaysia Today) – Senator Ezam Mohd Nor berkata dua kes yang membabitkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu pertuduhan liwat dan klip video seks menjerat kembali kredibiliti pemimpin terbabit memandangkan bukti jelas terarah kepada bekas timbalan Perdana Menteri itu.

“Sodomi itu kembali terungkap setelah ada pengakuan dari seseorang yang bernama Saiful, dan kemungkinan kali ini dia terjerat kerana polis mempunyai bukti sperma Anwar.

“Soal video seks juga jelas, bagi yang menonton dan mengenal baik, pasti yakin itu Anwar, terlihat dari bentuk tubuhnya,” katanya dalam wawancara dengan majalah Indonesia, Tempo.

Menurut Ezam beliau yakin kes liwat itu bukan rekaan, ini dikuatkan lagi dengan sikap isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang cemburu sekiranya lelaki rapat dengan suaminya.

Ujar Ezam,  sikap cemburu yang ditonjolkan Wan Azizah itu menjadi saat kemuncak untuk beliau menyelidik kes liwat pertama yang dihadapi Anwar pada 1999 lalu.

Ketika ditanya mengapa Ezam tidak mengetahui perkara itu sejak awal, beliau menjelaskan dirinya hanya mengenali Anwar daripada satu sisi iaitu sebagai seorang pemimpin hebat.

“Saya merasa ketika isterinya, Wan Azizah, terlalu cemburu bila Anwar dekat dengan laki-laki. Ini menjadi kemuncaknya dan saya membuka, mempelajari kesnya, dan setelah itu saya yakin dia berbuat hal itu.

“Saya profesional, saya ketika itu hanya staf, tidak mengenal peribadi atau keluarganya lebih dekat. Tapi, begitu mengenal dekat, saya menjadi melihat sisi Anwar yang lain. Dia juga cukup pandai menutupi kes itu dan hanya melakukannya dengan orang-orang dekatnya saja.

“Selama ini saya mengenal satu sisi dari Anwar, dia pemimpin yang hebat dan itu membutakan saya,” katanya yang pernah menyandang jawatan Setiausaha Politik Anwar.

Anwar, 64, kini masih dalam perbicaraan setelah mengaku tidak bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah kondominium di Damansara pada Jun 2008 lalu.

Populariti Anwar turun

Selain kes liwat itu, Anwar turut didakwa merupakan pelaku sebuah klip video seks yang didedahkan oleh Datuk ‘T’ yang merupakan gandingan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Shuib Lazim.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...