Misteri gentar mempertahankan 1 Malaysia


The Ariff & Aspan Blog

Hari ini kita membaca kenyataan bahawa PM kita gentar mempertahankan konsep 1 Malaysia. Sedangkan kita lihat, petanda dan symbol 1 Malaysia di serata tempat. Di lapel kot dan baju ada symbol 1 Malaysia. Si tukang buat badge jadi kaya kerana membekal badge dan lencana 1 Malaysia. Di corong TV, hasil kerja kuat Menteri Penerangan, kita di lambakkan dengan cenderamata 1 Malaysia.

Maka, mana mungkin sesiapa gentar mempertahankan 1 Malaysia?

Mungkin kita jadi gentar sebab orang UMNO , parti yang di ketuai oleh PM kita, mengalami tekanan kelam kabut serta tidak karuan fikiran mereka. Bayangkan, semenjak 1981 dan berkemuncak pula dari 1988 apabila UMNO baru di ujudkan, orang UMNO hanya ada satu sahaja paradigm- iaitu bercakap segala gala nya dari sudut kepentingan orang Melayu.

Tiba tiba, tahun 2010, setelah lebh 30 tahun bercakap dari sudut Melayu sentrik, orang UMNO di suruh bercakap mengenai 1 Malaysia. Bagaimana mereka tidak bercelalru fikiran? Selama ini mereka hanya tahu bercakap serta beroperasi atas landasan pro- perkauman, Najib pula suruh mereka cakap tidak perkauman.

Sebab itu, ketika selesai Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu, saya melihat para perwakilan semua menolak idea idea besar Najib. Secara keseluruhan idea Najib mengenai 1 Malaysia, mengenai transformasi ekonomi, mengenai segala nya lah, di tolak. Namun, akhbar arus perdana tidak menghuraikan perkara ini. Maka elok pula saya mengingatkan nya.

Bila Najib cakap mengenai 1 Malaysia, perwakilan bercakap mengenai ketuanan Melayu atau Melayu di dahulukan. Apakala Najib bercakap mengenai transformasi ekonomi, para perwakilan mendesak dasar ala DEB di kembalikan. Akhirnya, modal untuk Najib mempertahankan diri ialah mengistiharkan bahawa dia anak Tun Razak. Yang ini, tentulah tidak ada orang boleh nafikan.

Tapi apakah penilaian kita apabila seseorang hanya boleh mempertahankan diri nya, dengan resort kepada mengingatkan perwakilan bahawa dia anak Tun Razak? Kepada saya itu sudah jelas menunjukkan Najib tidak terdaya mempertahankan idea idea besar nya atas dasar merit.

Jadi deep down orang Melayu curiga dengan wawasan Najib.

Setelah 30 tahun bercakap dan menghidupkan cita cita Melayu Raya dalam segala aspek kehidupan, kita di kehendaki mengubah haluan. Sampai bila bila pun, matlamat dan agenda orang Melayu tidak akan dapat di capai dan ianya akan di tunda untuk jangka waktu yang tidak dapat di tentukan.

Keadaan yang melanda orang Melayu hari ini, terutama nya orang UMNO tidak ubah seperti orang yang baru hendak belajar solat dan puasa.

Seorang ustaz bertanya pada sahabat nya, wok weh, mengapa kamu tidak berpuasa, maka sahabat nya menjawab, bagaimana mahu puasa sedangkan aku tidak sembahyang. Bukan kah ulamak mengingatkan kita, kalau kita puasa tapi tidak sembahyang, maka puasa kita jadi sia sia kerana yang kita dapat ialah berlapar.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...