Illegal Media Campaign


Kerajaan Persekutuan dan Sarawak Mesti Menjelaskan Perlantikan Syarikat Britain untuk menjalankan Kempen Media Haram

Sarawak Report telah mendedahkan bahawa Kerajaan Persekutuan dan Sarawak telah melantik sebuah firma penerbitan TV dan komunikasi strategik Britain, FBC Media untuk menjalankan kempen media secara haram bagi mempromosikan dasar-dasar mereka.  

Blog tersebut mendedahkan bahawa FBC Media dibayar sebanyak RM15 juta setahun oleh Kerajaan Sarawak. Ini berikutan pendedahan YB Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung KEADILAN di Parlimen bahawa Kerajaan Persekutuan menerusi Pejabat Perdana Menteri telah membayar sebanyak RM57.68 juta kepada FBC Media antara tahun 2008 dan 2009 sementara RM42 muta lagi dibayar untuk “Public Affairs and Government Services and Strategic Communication, Public Relations and Press Outreach” mengikut bajet tambahan terkini.  

Dokumen-dokumen Kerajaan Amerika Syarikat turut mendedahkan bahawa FBC Media membayar APCO sebanyak AS$70,000 sepanjang dua tahun lepas untuk melobi Kerajaan Amerika Syarikat bagi pihak Kerajaan Malaysia.  

Peranan bercanggah FBC Media sebagai penerbit TV dan firma komunikasi strategic menimbulkan persoalan memandangkan mereka menerima bayaran daripada Kerajaan Persekutuan dan Sarawak untuk menerbitkan program TV yang berat sebelah dan ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC, CNN dan BBC. 

Kerajaan Persekutuan dan Sarawak juga mesti menjelaskan mengapa mereka telah memilih taktik terdesak membelanjakan jutaan ringgit wang pembayar cukai untuk terbabit di dalam kempen media secara haram.  

NIK NAZMI NIK AHMAD

Communications Director

Parti Keadilan Rakyat 

Laporan Sarawak Report boleh diakses di sini: http://www.sarawakreport.org/2011/08/taib-paid-out-5-million-to-attack-sarawak-report-international-expose/

 

Federal and Sarawak Government Must Come Clean on Hiring of British Company to engage in Illegal Media Campaign 

Sarawak Report has revealed that the Federal and Sarawak governments has engaged a British based TV production and strategic communications firm, FBC Media to engage in an illegal media campaign to promote their policies.  

The blog reveals that FBC Media is being paid RM15 million a year by the Sarawak Government. This follows the revelation by YB Saifuddin Nasution, the Secretary General of KEADILAN in Parliament that the Federal Government through the Prime Minister’s Office paid RM57.68 million to FBC Media in 2008 and 2009 while a further RM42 million was paid for “Public Affairs and Government Services and Strategic Communication, Public Relations and Press Outreach” according to the latest supplementary budget. 

United States’ government documents also reveal that FBC Media paid APCO US$70,000 over the past two years to lobby the US Government on behalf of the Malaysian Government.  

Questions should be raised on FBC Media’s conflicting role as a TV producer and strategic communications firm, as the latter involves receiving payments from the Federal and Sarawak governments for the former to produce sympathetic and biased TV programs that are placed in international broadcasters such as CNBC, CNN and BBC.  

Furthermore, the Federal and Sarawak governments must come clean on why it has resorted to such desperate tactics by spending millions of ringgit of taxpayers’ money to engage in an illegal media campaign.  

NIK NAZMI NIK AHMAD

Communications Director

Parti Keadilan Rakyat

 



Comments
Loading...