Perkasa lapor polis projek kaitan Israel


Ini bukan perkara remeh memandangkan wujud penglibatan seorang lelaki berbangsa Cina yang mempunyai hubungan intim dengan Israel dan Singapura.

(Free Malaysia Today) – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat empat laman blog yang didakwa mendedahkan aktiviti penyelewengan dan penglibatan Israel dalam pemberian projek di ibu pejabat PDRM di Bukit Aman.

Menerusi laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini tengah hari tadi, Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris mendakwa pendedahan oleh empat laman blog ini dikesan sejak lapan minggu lalu. Irwan berkata empat laman blog itu termasuklah Darul Ehsan Today, Gerakan Timur, Gerakan Anti PKR dan Keris Putra.

Beliau mendakwa pendedahan yang dibuat dalam laman blog itu bukan perkara remeh memandangkan wujud penglibatan seorang lelaki berbangsa Cina yang mempunyai hubungan intim dengan Israel dan Singapura.

Malah laman blog Gerakan Anti PKR dengan jelas memaparkan maklumat lengkap termasuklah nombor kontrak projek berkenaan, orang yang terlibat malah maklumat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SMM).

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...