Tiada lagi elaun perpindahan bagi Cikgu !


Oleh  Che’gu Bard

Banyak pendedahan pembaziran wang negara telah didedahkan. Dari ketirisan dalam perbagai sektor dan perbagai peringkat hinggalah kepada pembaziran Keluarga Perdana Menteri Malaysia itu sendiri.

Namun rakyat dibawah terus diarah berjimat. Terbaru che’GuBard mendapat email dari teman-teman yang pernah sama sepengajian yang masih berkhidmat sebagai pendidik. Mereka mengeluh kerana meremenerima perbagai tekanan. Sudahlah perbagai peruntukan untuk sekolah dipotong. Ketika dikhabarkan RM111 juta diperuntukan untuk program PERMATA milik Imelda Rosmah tetapi sekolah bantuan penuh kerajaan yang sepatutnya menjadi tempat utama pendidikan rakyat telah dipotong perbagai peruntukan dan diarahkan berjimat. 

Terbaru kelompok guru ini telah didera dengan ‘dihilangkan’ elaun perpindahan buat mereka. Bayangkanlah guru-guru ini yang semenjak habis pengajian terus dengan rela dicampakkan ke pendalaman sejauh Borneo tetapi setelah ada yang lebih 12 tahun di sana dan apabila bertukar ke Semenanjung tidak diberi sebarang elaun untuk pindah. 

Ada yang sudah bekeluarga dengan anak yang ramai, sudah punya kenderaan dan berapakah perbelanjaan untuk memindahkan keluarga besar ini ke Semenanjung ? Menurut teman – teman yang menyatakan keluhan mereka mahu semua faham selalunya kalau pundiberi elaun perpindahan ini mereka masih perlu menambah dengan duit sendiri. Elaun perpindahan ini sebenarnya pun tidak pun cukup tetapi beerti besar dalam membantu perpindahan khususnya bagi mereka yang telah lama di pendalaman Sabah dan Sarawak. 

Regim ini semakin tidak berpijak di bumi nyata. Rakyat terus disuruh berjimat tetapi mereka diatas terus bermewah. Ketika Imelda Rosmah bermewah rakyat terhimpit semakin payah.

 

klik untuk membaca lanjut http://chegubard.blogspot.com/2011/08/tiada-lagi-elaun-perpindahan-bagi-cikgu.html



Comments
Loading...