Waran tangkap terhadap 12 individu Muslim


Jais telah menyerahkan surat serta menelefon individu-individu terlibat dan mereka sepatutnya memberi keterangan semalam namun gagal berbuat demikian.

(Free Malaysia Today) – Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan mengeluarkan waran tangkap ke atas 12 individu Muslim kerana gagal hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Seksyen 13 di sini.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jais, Sharom Maarof, berkata pihaknya akan mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka dalam tempoh terdekat ini.

Jais telah menyerahkan surat serta menelefon individu-individu terlibat dan mereka sepatutnya memberi keterangan semalam namun gagal berbuat demikian.

Tindakan itu katanya diambil selepas mereka enggan memberikan kerjasama walaupun pihaknya sudah menyerahkan surat termasuk menelefon untuk hadir.

“Jais akan memohon waran tangkap dalam tempoh 24 jam daripada Mahkamah Syariah selepas surat dikeluarkan hari ini (semalam).

Sepatutnya mereka hadir membantu siasatan, tetapi seorang pun tiada,” katanya.

Pada 3 Ogos lalu, Jais menyerbu gereja DUMC selepas mendapat maklumat ramai orang Islam menghadiri majlis di gereja berkenaan.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...