MALAPETAKA ROSMAH DAN NAJIB


DARI JELEBU

Hishamuddin Rais 

Setiap tahun semenjak 31 Ogos 1957 Tanah Melayu telah menyambut Hari Malapetaka ini. Ertinya selama 54 tahun Malapetaka telah menimpa kita. Memang betul, pada awalnya ramai warga tidak memahami apa yang saya paparkan. Tetapai generasi muda agak terbuka dan selesa untuk memahami dan menerima konsep Malapetaka ini.

Kali ini saya meminta para pembaca terbuka hati untuk melupakan segala fitnah dan tohmah yang telah dilemparkan kepada Rosmah dan Najib. Saya ingin membawa pembaca kepada realpolitik. Politik tentang kelas, ekonomi dan masa depan negara ini. Seperti yang sering saya tuliskan – kuasa politik ialah kuasa ekonomi. Siapa menguasi ekonomi akan menguasai politik. Ini realpolitik yang di eja dengan huruf k.

Para pembaca yang budiman, sila lupakan cerita dari Lebai Desas anak Desus yang mengatakan bahawa Najib pernah beranak dan beristeri dengan orang puteh ketika dia belajar di UK dahulu. Ini bukan politik. Lupakan juga cerita tentang Rosmah berhasrat agar anaknya akan berkahwin dengan anak Sultan Berunai. Ini bukan politik. Lupakan juga kesah Rosmah menggunakan khidmat bomoh dari India. Ini bukan politik. Jangan terikut-ikut dengan kesah ‘ nasi kangkang Rosmah ’. Ini hanyalah labon-labon Mak Cik Felda sambil-sambil makan kuaci ketika menunggu laki pulang dari ladang.

Saya mahu para pembaca sedar tentang politik dan ekonomi negara kita ini. Saya ingin membawa pencerahan agar para pembaca dapat menilai garis dan dasar negara. Saya juga mahu para pembaca dapat memahami dan menganalisa bukan sahaja politik tanah air malah dapat memahami politik dan ekonomi dunia. Ertinya, saya berharap tulisan ini akan membawa pencerahan untuk melahirkan fikrah yang kritikal. Dengan fikrah yang kritikal tidak mungkin hidung pembaca akan dapat diikat.

Justeru saya ulangi lagi tentang makna dan tanda Nakba. Saban tahun warga Palestin akan menyambut hari Nakba pada 15 Mei. Tarikh ini ialah hari malapetaka yang menimpa bumi Palestine apabila Isreal diwujudkan pada 15 Mei 1948. Kita di Tanah Melayu ada hari Nakba – hari Malapetaka. Pada tarikh 31 Ogos setiap tahun ialah hari Malapetaka untuk kita. Ini kerana pada 31 Ogos 1957 dahulu, United Malay National Organisation telah dinaikkan tahtha oleh penjajah British. Ditarikh inilah bermulanya Malapetaka dan musibah menimpa kita semua.

Setiap tahun semenjak 31 Ogos 1957 Tanah Melayu telah menyambut Hari Malapetaka ini. Ertinya selama 54 tahun Malapetaka telah menimpa kita. Memang betul, pada awalnya ramai warga tidak memahami apa yang saya paparkan. Tetapai generasi muda agak terbuka dan selesa untuk memahami dan menerima konsep Malapetaka ini. Sadikit demi sadikit kesedaran telah sampai. Tahun demi tahun pemahaman tentang 31 Ogos semakin meluas untuk difahami umum.

Contohnya : warga Tanah Melayu kini telah sedar bagaimana mereka telah ditipu dengan lagu Negara-ku. Dengan bantuan Lebai Google, warga telah melihat bukti bahawa Negara-ku adalah lagu ciplak. Melalui YouTube warga juga telah melihat dengan jelas bahawa Negara-ku ini tidak ada sangkut paut dengan ‘kebangsaan’ Tanah Melayu. Negara-ku, Memula Moon atau Terang Bulan bukan ciptaan anak watan Tanah Melayu.

Bagitu juga dengan bendera Malaysia yang berkibar sebagai lambang negara kita. Ini juga hasil ciplakan dari bendera Amerika. Jalurnya ialah jalur Star-Spangled Banner dan tidak ada apa apa yang gemilang pada bendera ciplakan ini. Kerajaan United Malay National Organisation sering mengancam untuk menghukum sesiapa yang tidak hormat kepada bendera dan lagu ciplakan ini. Mengancam dan menghukum untuk mendapat penghornatan adalah ciri asli Malapetaka yang menimpa kita.

Pada bulan Ogos 2011 ini musibah Malapetaka ini semakin jelas. Malah musibah Malapetaka semakin menjadi-jadi apabila Rosmah dan Najib mengantikan Abdulal Badawi di Putrajaya. Malapetaka pertama yang dibawa oleh Rosmah dan Najib ialah pembunuhan Altantuya. Memang betul kes ini diperlihatkan seolah-olah telah selesai. Tetapi, sedarlah wahai pembaca yang budiman bahawa dalam reapolitik kes Altantuya ini masih hidup dan bergerak ligat.

Read more at: http://tukartiub.blogspot.com/2011/08/malapetaka-rosmah-dan-najib.html



Comments
Loading...