Khairy kepada Mat Sabu: ‘Jumpa di Kota Baru’


Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru ayam kokok PAS itu menolak debat dengan Khairy.

(Free Malaysia Today) – Khairy Jamaluddin menegaskan dia  menolak pelawaan untuk berdebat dengan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan.

Sebaliknya, beliau sedia berdebat dengan Mohamad Sabu.

Alasannya kerana kerajaan Kelantan meminta ahli Parlimen Rembau itu berdebat dengan Timbalan Presiden PAS.

“Its OK bro. Kerajaan Kelate minta saya debat Sabu. (Mohamad).”

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru ayam kokok PAS itu menolak debat dengan Khairy.

Semalam, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesyorkan debat PAS-Umno berhubung kontroversi tragedi Bukit Kepong dan isu siapa pejuang kemerdekaan negara bagi membolehkan rakyat sendiri membuat penilaian.

`Saya dah terima jemputan…’

Bagaimanapun tarikh debat tersebut tidak dinyatakan.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...