‘Mat Indera bukan pejuang kemerdekaan’


Seorang tokoh sejarah Malaysia terkemuka mendakwa Mat Indera orang seberang.

(Free Malaysia Today) – Seorang tokoh sejarah tampil menjelaskan bahawa Mat Indera atau nama penuhnya Ahmad bin Indera bukan seorang pejuang kemerdekaan yang menentang British.

“Komunis ketika itu cuba mewujudkan orde baru dunia berdasarkan fahaman komunis dan Mat Indera seorang penyokong gerakan komunisme,” jelas tokoh sejarah terkemuka, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkenaan latar belakang Mat Indera yang mengetuai serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950.

Isu berkenaan Mat Indera sebagai ketua kumpulan Parti Komunis Malaya yang terlibat dalam serangan Bukit Kepong menjadi kontroversi apabila timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dalam ceramahnya di Pulau Pinang mendakwa bahawa komunis yang terlibat adalah pejuang kemerdekaan sebenar, lapor Utusan Malaysia pada minggu lepas.

Khoo turut menjelaskan bahawa Mat Indera bukan anak tempatan.

“Mat Indera orang seberang.

Asal Indonesia

“Dia berasal dari Indonesia, bukan rakyat jajahan takluk kesultanan Melayu.”

Khoo turut menyatakan bahawa sejarah diputar belit oleh ahli politik untuk kepentingan diri.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...